Pada 17 Februari 2016, telah berlangsung Breakfast Talk Siri 2 dengan topik Penjagaan Kesihatan Kanser melalui Perspektif Integriti”yang diadakan sempena sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Feb.
yang lalu. Rata-rata tetamu yang hadir amat berpuas hati dengan konsep program berbentuk perbincangan yang membuka ruang untuk ahli panel & para tetamu berkongsi ilmu, pengalaman & cadangan masing-masing.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kesihatan Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai, sikap tidak mengambil peduli dan tidak mahu melakukan pemeriksaan kesihatan merupakan antara cabaran dalam pengurusan penyakit kanser di negara ini. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun sebagai langkah awal bagi mengesan kanser.

Sementara itu, Pengurus Besar Majlis Kanser Negara (Makna) Farahida Mohd Farid pula berkata mengikut laporan Makna 2013, sejumlah 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan menghidap kanser dan jumlah itu dilaporkan meningkat setiap tahun.

“Langkah yang paling mudah untuk mencegah adalah dengan menukar pola pemakanan dan mengamalkan gaya hidup aktif yang diakui pakar perubatan bahawa ia mampu menjadikan sistem peredaran darah lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi tinggi,” katanya lagi.

Pihak INTEGRITI juga ingin berterima kasih juga di atas kesudian En. Mohd Zulhaimi Suderman, Cancer Survivor yang hadir & berkongsi pengalaman yang telah menyentuh hati para tetamu yang hadir.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1216488

12705323_982456098518497_1752735354051973445_n 12717316_982455911851849_6483280164101442428_n 12717749_982455998518507_7331717971835089519_n 12729193_982455931851847_3347966751378601081_n 12733389_982462531851187_5774735446611247815_n 12742270_982456051851835_7485129788172310287_n 12742458_982455898518517_1417614973014084618_n 12742806_982456538518453_6987707392422372740_n 12743526_982456165185157_55080371962639024_n 12743927_982456548518452_8713230747703806649_n 12744039_982456135185160_8446115079095834009_n 12745551_982462651851175_5123213003832952509_n 12745803_982455941851846_8796651789327706021_n

Total Visits: 1578280