cropped-Logo-fb-INTEGRITI.jpgTAWARAN PELAWAAN

1. Pelawaan kepada orang awam dan pengusaha perkhidmatan katering untuk mengendalikan Kafeteria INTEGRITI yang beroperasi di alamat Aras Bawah, Menara Integriti, Institut Integriti Malaysia, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

2. Borang permohonan, butiran dan syarat permohonan boleh didapati dari Kaunter Menara Integriti mulai 10.3.2016 sehingga 15.3.2016. Kaunter dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.

3. Borang permohonan/tawaran hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan/cagaran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) atas nama Institut Integriti Malaysia.

4. Wang cagaran ini (RM200.00) akan dikembalikan kepada pemohon yang tidak berjaya. Walau bagaimana pun, bagi yang berjaya tetapi tidak mengendalikan kafeteria atau menarik diri atau menarik balik tawaran, maka wang cagaran tersebut tidak akan dikembalikan.

5. Tawaran pelawaan yang telah dilengkapkan hendaklah diletakkan ke dalam sampul surat bergam, ditulis dan dialamatkan ke alamat seperti berikut:

“TP 001/2016: Kafeteria Integriti”

Kepada: Pengarah,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Integriti Malaysia,
Menara Integriti,
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin off Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur

6. Borang permohonan/tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti pelawaan yang disediakan di Kaunter Menara Integriti selewat-lewatnya pada 23.3.2016 jam 12.00 tengah hari. Borang permohonan/tawaran yang diterima selepas jam 12.00 tengah hari tidak akan diterima.

7. Pihak Institut akan memilih tawaran/permohonan yang difikirkan sesuai dan munasabah dari segi perkhidmatan khas untuk pegawai, staf dan tetamu di Institut ini.

Sekian, terima kasih.