bulatmac20152 Pada 29 Mac yang lalu, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah mengadakan satu perbincangan meja bulat bertajuk ‘Isu-Isu Integriti Utama Dalam Dapatan Laporan Ketua Audit Negara 2015.

Sesi diskusi berkenaan yang berlangsung di Dewan Murni, Menara Integriti ini mengetengahkan tiga orang panel iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Audit Kerajaan Persekutuan, Jabatan Audit Negara, Hj. Zaki Ismail, Timbalan Pengarah Kanan Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Sazali Salbi dan Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), Dato’ Yusli Mohamed Yusoff.bulatmac20163

Selain itu, ia turut dihadiri oleh 19 orang wakil dari pelbagai kementerian, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.bulatmac2016

Hasil daripada perbincangan, didapati bahawa dapatan audit tahun 2013 dan 2014 memperlihatkan beberapa kesalahan yang dilakukan secara berulang-ulang oleh pegawai kerajaan. Antaranya ialah kerja atau bekalan tidak mengikut spesifikasi, tidak berkualiti atau tidak sesuai dan kelewatan menyiapkan projek yang tidak munasabah oleh pembekal mahupun kontraktor.

Kesalahan lain yang turut didedahkan ialah pembaziran dana kerajaan, kelemahan pengurusan pemungutan hasil kerajaan, kelemahan pengurusan aset kerajaan dan juga ketidakpatuhan terhadap undangundang alam sekitar. Meskipun begitu, kesalahan-kesalahan yang dilakukan secara berulang ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya semua pegawai kerajaan menyempurnakan amanah dan tanggungjawab secara berintegriti.

Semua input tentang hasil pemerhatian audit, inisiatif SPRM untuk mengekang sebarang penyelewengan dan juga salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam serta kod etika tadbir urus korporat yang diperoleh dalam sesi diskusi ini bakal dimanfaatkan oleh INTEGRITI untuk menyiapkan cadangan kertas dasar tentang langkah-langkah yang sesuai bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang dilakukan tidak berulang lagi.

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu