Pada 30 Mac lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Dr. Anis Yusal Yusoff telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Encik Gandesan Letchumanan.

jpninmac2016

Pertemuan singkat berkenaan adalah untuk membincangkan kerjasama antara INTEGRITI dengan JPNIN terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman mengenai isu-isu integriti, sekali gus sebagai permulaan kepada jalinan kerjasama serta hubungan yang baik antara kedua-dua pihak pada masa hadapan khususnya dalam usaha meningkatkan semangat perpaduan dan keharmonian antara penganut pelbagai agama. Perjumpaan ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama.

Sepanjang sesi perbincangan berlangsung, pelbagai bentuk kerjasama telah dipersetujui oleh JPNIN dan INTEGRITI. Antaranya ialah penganjuran program teater yang bersandarkan kepada nilai-nilai pelbagai agama. Program sedemikian dilihat berpotensi dalam menarik minat masyarakat menghayati nilainilai murni serta mesej integriti yang ingin disampaikan.

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu