Pada 10 Mac yang lepas, pihak INTEGRITI telah menyertai program ‘Minda’ anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang telah disempurnakan oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Tebingan Sungai Kuching pada pagi tersebut.

Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata program Minda iaitu akronim kepada ‘Malaysia Inklusif Negara Digital’ dirancang turut diadakan di seluruh negara dengan siri pertama program selama tiga hari bermula di Sarawak.

Beliau turut berkata program itu juga antara lain bertujuan memperkasa masyarakat untuk menjadi pengguna yang bijak dan berhemah dalam penggunaan teknologi komunikasi di samping merangsang pertumbuhan ekonomi digital di peringkat akar umbi.

Selain itu, ia juga bertujuan merapatkan jurang saluran antara kerajaan dengan rakyat di samping membina masyarakat bermaklumat melalui penyampaian informasi secara cepat, tepat, dan cermat.

Menurutnya selain mendedahkan kepada orang ramai mengenai infrastruktur, capaian dan teknologi yang dibangunkan kerajaan, program itu juga bertujuan menyedarkan mereka mengenai kepentingan penggunaannya ke arah kebaikan, khususnya dalam mengukuhkan perpaduan dan bukan disalah guna untuk memecah-belah masyarakat.

Sumber: http://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=10116:2016-03-10-08-48-43&catid=118&Itemid=254&lang=ms

10989470_998396896924417_4887756412620419313_n 10606061_998397113591062_3783114763774680884_n 10402822_998396996924407_7949655709796667029_n 10398736_998397220257718_792809340733370097_n 10351967_998397123591061_338897051883797462_n 934153_998396976924409_1713969468359104331_n 1915726_998396910257749_6572883184210955111_n 1930439_998396986924408_6305079242202824549_n 1936020_998397056924401_1754816993173233282_n 1947680_998397226924384_2941036911861191475_n 66582_998396906924416_3044512834710834532_n 6845_998397240257716_2041155250827282366_n10606061_998397113591062_3783114763774680884_n

Total Visits: 1593958