INTEGRITI  sekali lagi menganjurkan RTD Siri 1/2016 atas tajuk “ Isu-Isu Integriti Utama Dalam Dapatan Lapuran Ketua Audit Negara 2015” pada 29 Mac 2016 bertempat di Dewan Murni,  Aras Bawah, Menara Integriti menampilkan  para panelis iatu Tuan Haji Zaki Ismail,Timbalan Pengarah, Bahagian Audit Kerajaan Persekutuan, Jabatan Audit Negara,Y.Bhg Dato’ Sazali Salbi, Timbalan Pengarah Kanan Siasatan, SPRM dan Y.Bhg Dato’ Yusli Mohamed Yusoff, President, Malaysian Institute of Corporate Governance .

Round Table Dialogue ini dihadiri oleh seramai 19 orang wakil-wakil dari pelbagai  Kementerian, Badan Berkanun, GLC dan juga NGO yang berkaitan. Secara keseluruhan, dapatan audit  tahun 2013 dan 2014 menunjukkan bahawa berlaku kesalahan-kesalahan yang  dilakukan secara berulang-ulang oleh pegawai-pegawai kerajaan iaitu:-

  1. Kerja /Bekalan Tidak mengikut Spesifikasi, Tidak Berkualiti atau Tidak Sesuai;
  2. Kelewatan Menyiapkan Projek Yang Tidak Munasabah Oleh Pembekal/Kontraktor;
  • Pembaziran Dana Kerajaan;
  1. Kelemahan Pengurusan Pemungutan Hasil Kerajaan;
  2. Kelemahan Pengurusan Asset Kerajaan; dan
  3. Ketidakpatuhan Terhadap Undang-Undang Alam Sekitar.

Semua kesalahan secara berulang ini tidak akan berlaku jika semua  pegawai kerajaan menyempurnakan amanah dan tanggung jawab mereka secara berintegriti.

12938199_1008806202550153_4658873579809310358_n 12932570_1008803289217111_2237000929515985882_n 12931122_1008802755883831_4622793315197556526_n 12928347_1008802835883823_3967558129022179447_n 12920457_1008806215883485_2632809808746492268_n 12920395_1008803549217085_6590071437508931826_n 12799425_1008806389216801_8905852677844882882_n 12439032_1008802889217151_7445173508591277174_n 12321455_1008804585883648_7783083637893554570_n 12063522_1008803102550463_1045777985763124934_n 10649749_1008804599216980_8916007983073504543_n 1934684_1008804319217008_6944070100283104176_n 1929841_1008804185883688_4228729323960712111_n 1517663_1008806182550155_5557205231994926156_n

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu