Pada 23 April yang baru lalu, genaplah 12 tahun usia Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). PIN dan INTEGRITI yang telah dilancarkan pada 23 April 2004 adalah cetusan ilham oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Satu majlis Sambutan Ulangtahun PIN dan INTEGRITI bersempena dengan penganjuran Integrity Art Night siri tiga bertemakan “Integriti di Hati” telah diadakan bagi meraikan segala usaha yang telah dicapai dalam menyebarluas agenda integriti kepada segenap masyarakat Malaysia. Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat  Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI, Mantan Presiden Integriti, Ahli INTEGRITI serta rakan-rakan kerjasama INTEGRITI.

Bertepatan dengan tema “Integriti di Hati”, sebuah kumpulan yang digelar diri mereka “Recycle Band” telah dijemput bagi berkongsi karya kreatif yang mana muzik yang dihasilkan adalah menggunakan instrumen atau peralatan yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Mesejnya jelas, dalam usaha mereka menyampaikan karya seni kepada masyarakat, anak muda ini menggunakan kreativiti untuk mencipta peralatan muzik disamping dapat menjaga alam sekitar.

Selain Recycle Band, seorang insan seni jalanan yang lebih dikenali dengan nama “Pak Zuki Peniup Seruling Jalanan” akan membuat persembahan istimewa. Insan kurang upaya ini telah membuktikan kepada masyarakat bahawa kekurangan bukanlah penghalang kepada beliau untuk berkarya dan melalui karya ini beliau dapat menampung kehidupan dengan menggunakan kebolehan yang ada.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Anis Yusal Yusoff, “Meningkat usia 12 tahun penubuhan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), kami di INTEGRITI akan terus mengorak langkah dengan pelbagai bentuk pendekatan baru bagi mengajak masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan untuk mendekatkan diri dan menjadikan INTEGRITI sebagai hub rujukan integriti dalam negara dan serantau. Mengangkat tema “Integriti di Hati”, saya percaya dalam usaha kami di INTEGRITI untuk menjadikan masyarakat Malaysia masyarakat yang berintegriti tinggi, setiap amalan yang dilakukan oleh setiap individu perlu datang daripada hati”.

13151523_1034456506651789_197558891551952019_n 13151589_1034456926651747_5849670736007112125_n 13173725_1034456799985093_7263297977004634833_n 13177739_1034456783318428_7475099873231073927_n 13177843_1034456166651823_1834559654236156729_n 13220807_1034456803318426_2643122805547205593_n 13232925_1034455196651920_1218534430573275201_n 13237676_1034456493318457_2552104010421512520_n 13092111_1034455216651918_1495064922427141159_n 13092157_1034456186651821_3251224006459938692_n 13133130_1034456986651741_3168258929693080320_n

 

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu