Satu sesi perbincangan mejabulat bersama Penggiat Seni Nasyid Tanah Air telah diadakan di INTEGRITI pada 17 Mei 2016. Usaha ini merupakan langkah susulan yang telah diambil oleh INTEGRITI selepas penganjuran Integrity Art Night pada Jun 2015 yang lalu bersama Kumpulan In-Team. Sesi mejabulat pada kali ini telah membincangkan bentuk kolaborasi yang boleh diusahakan bersama antara INTEGRITI dan penggiat nasyid.

Melalui kolaborasi yang akan diperbanyakkan di masa hadapan, antaranya pendekatan dan suntikan elemen integriti dalam lirik dan lagu yang bakal dihasilkan. Juga pendekatan lain seperti sketsa pendek, puisi, teater yang boleh menjadi medium perantara menyampaikan mesej integriti. Selain itu wakil dari penggiat seni nasyid juga bersetuju dengan cadangan untuk menjadi ikon dalam menyebarluas mesej integriti kepada masyarakat.

Penggiat nasyid yang hadir juga telah menandatangai Deklarasi Integriti menyatakan persetujuan untuk menyokong penuh agenda membudayakan integriti dalam kalangan rakyat dan menjadi agen untuk menyebarluas mesej integriti sama ada dalam lirik lagu atau forum dakwah. Penggiat nasyid yang hadir juga menyatakan kesediaan untuk menghulurkan komitmen dan kerjasama dalam membantu INTEGRITI menjayakan agenda Integriti Nasional.

Sempena kedatangan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memantapkan lagi program-program melalui dakwah sama ada berbentuk forum atau penyampaian lagu. Penggiat nasyid yang hadir adalah dibawah naungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Anak Soleh Malaysia (ASMAL) dan Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) seperti Rabbani, In-Team, Saujana, Now See Heart, Aliff dan Mestica.

“Dalam melaksanakan dakwah dalam Islam, ada kalanya kita perlu mempelbagaikan manhaj penyampaian, asalkan tujuan dan matlamat dapat dicapai dengan sempurna. Kaedah yang berhikmah melalui nasyid dan nasihat yang dapat disulam dalam persembahan akan menjadikan mesej disampai secara santai tapi berkesan, Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI”.

13254056_1036732639757509_373585355680966060_n 1936264_1036733699757403_4668942754340240153_n 13237759_1036733829757390_789954835542393001_n 13221577_10154081831928930_1670941699164933192_n 13239990_1036732693090837_6583711461663204750_n 13240529_10154081831518930_1908284475508735728_n 13254056_1036732639757509_373585355680966060_n 13260223_10154081831363930_9137505805265702842_n 13260248_10154081831623930_3944766394036409944_n 13260253_1036733033090803_1224834721556341578_n

 

Total Visits: 1598168