Usaha sama dengan INTEGRITI  menerusi Majlis Menandatangani Nota Kerjasama PDRM (Polis Diraja Malaysia) bersama SPRM,  Arkib Negara Malaysia dan Institut Integriti Malaysia  (INTEGRITI) serta Pelancaran Buku Kod Etika PDRM, Pelan Integriti  PDRM 2016-2020 dan Manual Pematuhan Standard PDRM pada 21 Jun yang lepas membabitkan program latihan di samping kajian penyelidikan meliputi kajian keberkesanan untuk melihat hasil program atau aktiviti yang dilaksanakan. Kajian pembangunan juga akan dilakukan dalam membantu meningkatkan integriti dan produktiviti warga pasukan, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Bukit Aman.

Turut hadir ialah  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  INTEGRITI, Dr Anis Yusal Yusoff,  Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri  Mustaffar Ali dan Ketua Pengarah Arkib Negara  Malaysia, Azemi Abdul Aziz.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa yang lalu telah melancarkan Pelan Integriti PDRM 2016-2020 bagi memastikan misi mencapai standard perkhidmatan polis bertaraf dunia dapat dilaksanakan sebaiknya.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelan berkenaan merupakan kesinambungan kepada Pelan Integriti PDRM yang terdahulu dan penambahbaikan pelan ini bertujuan memastikan visi dan misi PDRM direalisasikan dalam mencapai matlamat utama PDRM iaitu memberi perkhidmatan kepolisan bertaraf dunia kepada masyarakat.

“Saya akur bahawa integriti adalah satu nilai penting kepada sesebuah organisasi seperti PDRM yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran.

“Isu integriti bukan semata-mata merujuk kepada isu-isu salah laku atau rasuah tetapi ia turut merangkumi segala amalan positif dalam sesebuah organisasi,” katanya lagi.

Ini turut ditetapkan melalui akronim PRINSIP sebagai yang membawa panduan dalam  pembentukan disiplin diri dan erika warga polis  secara keseluruhannya.
Beliau menerangkan bahawa P’ bermaksud prihatin dan komited dalam melaksanakan  fungsi PDRM bersama masyarakat, ‘R’ bermaksud responsif dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan ‘IN’ bermaksud integriti sebagai teras perkhidmatan.

“Sementara ‘S’ bermaksud semangat satu pasukan menjadi budaya ke arah mencapai misi dan visi, ‘I’ memberi  makna inovasi dan kreatif menjadi amalan dalam  meningkat kualiti perkhidmatan serta ‘P’ yang memberi  makna profesional ke arah merealisasikan kepolisan moden,” katanya mengakhiri ucapan.

Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/06/21/pdrm-pelan-integriti/

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdrm-tetap-akronim-prinsip-dalam-mantapkan-integriti-108862

13438820_1057493181014788_4367156249538682589_n 13450943_1057491387681634_7725101373311400066_n 13501619_1057491111014995_8660034979865033604_n 13512236_1057490967681676_4681851261602650576_n 13524573_1057491157681657_4630261994672977380_n 13528689_1057490977681675_4127450401106631226_n 13529245_1057491291014977_3179591343294806361_n 13532972_1057490347681738_8287994624986576881_n

Total Visits: 1594131