cas_july_2016aMelentur buluh biarlah daripada rebungnya, pepatah yang tidak asing lagi dalamkehidupan masyarakat kita. Menyedari keperluan penerapan nilai-nilai murni pada peringkat awal kanak-kanak, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) baru-baru ini telah mengambil inisiatif menghasilkan modul baharu bagi kanakkanak prasekolah yang dinamakan Modul INTEGRITI Prasekolah (MIPS).

Ia merupakan sebahagian daripada usaha murni INTEGRITI untuk mengetengahkan pendekatan yang lebih menarik dan interaktif bagi menerapkan serta menyuburkan nilai-nilai integriti dalam kalangan anak kecil. Ini selari dengan matlamat pelaksanaan MIPS iaitu sebagai alternatif kepada pendekatan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada di negara ini, khususnya yang berkaitan dengan usaha pembenihan serta penyemaian integriti dalam diri kanak-kanak prasekolah.

Mengutamakan elemen-elemen integriti, MIPS bakal mengetengahkan konsep fun learning dan interaktif menerusi dua pendekatan iaitu pertunjukan boneka dan bercerita bersama boneka maskot INTEGRITI bernama SAM, singkatan kepada Saya Anak Malaysia.

Untuk merealisasikan modul ini, beberapa siri bengkel dijadualkan berlangsung dengan penyertaan adalah dari kalangan individu-individu yang berpengalaman dan berlatar belakangkan bidang pendidikan.

Bengkel pertama yang diadakan pada 20 hingga 22 Julai lalu di Menara Integriti telah dihadiri oleh 25 orang pegawai daripada Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta wakil-wakli daripada tadika awam dan swasta.

Dalam bengkel tersebut, para peserta diminta memberikan pengenalan ringkas tentang fungsi dan peranan agensi atau organisasi masing-masing. Mereka juga diberi peluang untuk mengetengahkan sebarang bentuk usaha sama yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan MIPS. Selain itu, wakil-wakil tadika turut berkesempatan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan modul yang digunakan di premis masingmasing.

Lanjutan daripada itu, satu sesi diskusi diadakan bagi membincang dan menilai kelebihan serta kekurangan modul-modul tersebut. Input daripada sesi sumbang saran itu penting bagi memantapkan lagi MIPS.

cas_july_2016bPerbincangan awal dalam bengkel ini amat perlu dalam membantu INTEGRITI memperkukuhkan, memperlengkapkan serta memantapkan MIPS agar ia berjaya dihasilkan sebagai suatu modul terkini dan tersendiri tanpa wujud unsur peniruan atau pengulangan terhadap modul prasekolah yang sedia ada.

Ini sekali gus membolehkan MIPS dilaksanakan di beberapa tadika terpilih pada masa akan datang sebagai projek perintis.