dsadasPeningkatan pelbagai kes dan skandal di seluruh dunia padahari ini membuktikan bahawa cabaran utama masa kini
adalah berpunca daripada dilema etika dan risiko integriti. Inibermakna masyarakat moden hari ini perlu dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai integriti dan kredibiliti.

Justeru, sebagai usaha jangka panjang, Institut IntegritiMalaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Institut Kajian Malaysia
dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia UKMdan Integrity Action telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan
siri pertama Global Integrity Leadership Course (GILC) 2016 yangbermula pada 23 Julai dan berakhir pada 6 Ogos 2016. Kursus selama dua minggu ini berlangsung di Menara Integriti.

Julung kali diadakan di rantau ASEAN khususnya di negara ini,GILC memberi tumpuan khusus serta fokus kepada kepimpinan
dan pengurusan integriti. Bagi tujuan itu, pegawai-pegawai kanan disektor kerajaan dan swasta, ahli akademik, ahli parlimen, kumpulan
profesional, pengamal media dan pemimpin dari pelbagai agensi diMalaysia serta dari negara-negara anggota ASEAN dijemput untuk menyertai program ini.

Sementara itu, tenaga pengajar pula terdiri dari kalangan individu yang berpengalaman luas dalam bidang integriti iaitu Presiden dan
Pengasas Integrity Action, Dr. Fredrik Galtung, Pengarah Urusan Arpitha Associates, Dr. J.M. Samparth, Felo Utama INTEGRITI dan
Felo Utama IKMAS, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong, Pengarah IKMAS, Prof. Dr. Rashila Ramli dan pensyarah di Pusat
Pengajian Sosial, Pembangunan dan Pengajian Alam Sekitar, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Prof. Dr. Rahimah Abdul Aziz.
Individu lain yang turut menjadi tenaga pengajar GILC ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff.

Modul GILC meliputi konsep asas etika dan integriti dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antaranya ialah penggunaan
kajian kes dengan kandungan dan konteks global serta tempatan. Selain itu, kursus ini juga menyediakan platform interaktif yang
membolehkan para peserta berkongsi dan mengkaji semula amalan etika dan integriti dalam organisasi dengan negara-negara lain di
ASEAN.

Selain perkongsian di dalam kelas, mereka turut dibawa melawat ke beberapa agensi seperti Petronas, Bank Negara Malaysia (BNM),
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendengar sendiri pengalaman serta strategi agensi
tersebut dalam pelaksanaan integriti. Peserta juga berpeluang melihat dan merasai sendiri pengalaman menduduki ujian Malaysian
Integrity Profiling (MIP) yang dikendalikan oleh INTEGRITI.

Menerusi kursus ini, para peserta dapat melengkapkan diri sebagai individu yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan etika
dan integriti di agensi masing-masing melalui prinsip-prinsip, strategi dan kemahiran mengenai etika dan integriti yang telah dipelajari.
Mereka juga mampu mengenal pasti jurang integriti dan kaedah penyelesaiannya termasuklah melaksanakan proses pemantauan dan penilaian di agensi masing-masing.