NOTIS SEBUT HARGA

 

TAJUK SEBUT HARGA:

KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG SKY SIGNAGE INTEGRITI DI PUNCAK MENARA INTEGRITI, INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA, KUALA LUMPUR.

SEBUTHARGA: SH-001/2016

  1. Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor tempatan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Gred G2 Kategori B Pengkhususan B11 yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga “Kerja-kerja membekal dan Memasang Sky Signage INTEGRITI di puncak Menara INTEGRITI, Institut Integriti Malaysia”.
  1. Dokumen sebut harga boleh didapati dari tarikh 12 Ogos 2016 (Jumaat) sehingga 22 Ogos 2016 (Isnin) di Unit Pentadbiran, Aras 3 Menara INTEGRITI, Institut Integriti Malaysia, Persiaran Syed Sirajuddin Off, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dokumen sebut harga adalah percuma.
  1. Taklimat Sebut harga dan lawatan tapak akan diadakan pada 12 Ogos 2016 (Jumaat) jam 9.00 pagi di Dewan Murni, Aras Bawah, Menara INTEGRITI, Institut Integriti Malaysia. Kontraktor DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat dan ianya hanya diadakan sekali sahaja.
  1. Hanya PENAMA di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak.
  1. Dokumen Sebut harga hanya dikeluarkan kepada Kontraktor yang sah dan telah menghadiri taklimat dan lawatan tapak sahaja. Bagi maksud ini, Kontraktor diwajibkan membawa dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau salinan yang diakui sah oleh pihak CIDB serta cop rasmi syarikat.
  1. Cadangan Sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda ‘SH-001/2016: Sky Signage INTEGRITI’ di penjuru atas sudut kiri dan di alamatkan kepada:

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif,

     Institut Integriti Malaysia

Menara INTEGRITI,

Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin

Off Jalan Tuanku Abdul Halim

50480 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  1. Cadangan Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang diletakkan di Kaunter Utama, Lobi Menara INTEGRITI pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 22 Ogos 2016 (Isnin).