Perbincangan Meja Bulat (RTD) Siri  Ke 4/2016 telah diadakan bagi membincangkan tentang Strategi Bagi Mempertingkatkan Imej Korporat Perkhidmatan Awam Di Malaysia  membariskan enam pembincang utama yang terdiri daripada Tan  Sri Dr  Sulaiman Mahbob, Pengerusi Telekom Malaysia,Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Saad, Pengerusi Lembaga Pengarah,UKM, Datuk Jalil Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ( Pembangunan), Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN , Dato Haji Che Isa Che Kob, Pengarah Sektor Audit Negeri-Negeri, Jabatan Audit Negara dan Prof  Dr Hamidin Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Razak School of Government (RSOG). Perbincangan adalah tertumpu  kepada deraf kertas dasar yang telah dibentangkan oleh En Anuar Haji Ahmad, Penyelaras Program Institusi Pentadbiran, INTEGRITI.

Semua Panel Pembincang bersetuju bahawa dari segi pencapaian  indeks-indeks integriti dan tadbir urus samada di peringkat negara atau di peringkat antarabangsa,kecuali bagi Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang dikeluarkan oleh TI di mana kita berada pada paras average, Malaysia berjaya mencapai  tahap indeks yang baik  iaitu melepasi above average bagi Indeks-Indeks yang lain seperti Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara,Indeks SPAN oleh JPA, Sistem Star Rating oleh MAMPU,World Bank Ease of Doing Business Index, World Economic Forum Competitiveness Index dan sebagainya.

Kesemua ahli panel bersetuju bahawa persepsi buruk masyarakat terhadap perkhidmatan awam adalah kerana kecenderungan media untuk memaparkan berita-berita negatif mengenai kegagalan kerajaan atau isu-isu integriti anggota perkhidmatan awam yang disensasikan bagi melariskan jualan akhbar-akhbar berkenaan.Kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk menangani isu  kemudahan asas  dengan cemerlang iaitu isu sampah, longkang dan rumput (SLR) turut menyebabkan imej perkhidmatan awam turut tercalar.Justeru itu adalah penting agar  setiap isu yang dibangkitkan oleh media ditangani dengan cepat dalam tempoh 24 jam daripada isu itu dibangkitkan oleh Unit  Komunikasi Korporat yang telah ditubuhkan di setiap Kementerian.

13879302_1082327445198028_68647312680091562_n 13880395_1082327555198017_2103426503498254016_n 13882356_1082327665198006_3655064809978988390_n 13886397_1082327438531362_8000221049889241535_n 13886429_1082327568531349_3528309434530840333_n 13891925_1082327791864660_2303150605837844490_n 13906659_1082327575198015_3552363670356198199_n 13906883_1082327785197994_6115108631937577153_n 13912390_1082327465198026_4116588312699770483_n 13912767_1082327655198007_8899396836743966974_n