Bagi merealisasikan usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak di peringkat pra sekolah sejajar dengan objektif utama Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),maka satu sesi RTD Bil 5/2016 telah diadakan menampilkan ahli-ahli panel seperti berikut:-

  1. Datuk Saidatu Akhma Hassan – Setiausaha Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri;
  2. Encik Kevan Ong Kin Wye -Pengarah Eksekutif, Smart Reader Kids Sdn Bhd; dan
  • Cik Anisah Saidin-Pengarah, Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Kajian dalam tahun 2010 menunjukkan bahawa daripada sejumlah hampir 4 juta kanak-kanak yang berusia antara 4-6 tahun, hanya 67% sahaja yang mendapat pendidikan di peringkat pra sekolah. Berdasarkan peribahasa melayu bahawa “Melentur buluh biarlah dari rebung” maka INTEGRITI telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan ini yang melibatkan penyertaan  18 orang pemikir termasuk pakar-pakar pendidikan kanak-kanak daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga dan Kanak-kanak Universiti Putra Malaysia dan penyedia pusat asuhan dan bimbingan kanak-kanak swasta.

Ini adalah susulan daripada makmal penyedian modul pendidikan pra sekolah yang baru dijalankan di mana modulnya akan  dijadikan sebagai projek rintis bagi melihatkan kesesuaiannya dalam menerapkan nilai murni dalam kalangan kanak-kanak di peringkat pra sekolah. Antara benchmark yang dijadikan asas perbincangan ialah kejayaan modul fun learning yang dilaksanakan di Singapura dan modul pendidikan awal kanak-kanak di  Jepun di mana sembilan (9)tahun pertama pendidikan kanak-kanak itu  ditumpukan kepada pembangunan sikap dan sahsiah kanak-kanak sahaja dan bukan mata pelajaran akademik  yang akhirnya terbukti berkesan dalam menjadikan masyarakat  Jepun sebagai  salah sebuah masyarakat yang paling berdisiplin dan bertanggung jawab di dunia.

DSC_0625 DSC_0628 DSC_0643 DSC_0647 DSC_0662 DSC_0694 DSC_0743 DSC_0748