Program yang diadakan di Institut Integriti Malaysia pada 22 Ogos yang lalu bertujuan untuk berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan dan cara terbaik dalam usaha membentuk para belia negara ke arah pembangunan sosial. ekonomi dan politik negara berteraskan integriti sebagai jati diri utama.
Kehadiran para peserta adalah terdiri daripada pelbagi pihak berkepentingan termasuk beberapa pegawai kerajaan persekutuan, ahli akademik, sektor swasta, wakil daripada pertubuhan-pertubuhan belia di Malaysia, ahli Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) dan juga beberapa wakil NGO.
Pembicara Utama bagi program ini ialah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), En Mu’amar Ghadafi Jamal dan disertai oleh Felo Perdana Menteri Belia dan Sukan, Norshafiqah Zairina S Zamzaini dan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Norzulaiqha Zulkifli.