{:my}Kuala Lumpur, 9 November 2016: Studio INTEGRITI.TV telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Pengasas Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Menara INTEGRITI hari ini.  Studio ini berfungsi sebagai ruang rakaman oleh krew penerbitan INTEGRITI.TV.

INTEGRITI.TV ditubuhkan sebagai inisiatif terkini yang bersifat proaktif dari Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang akan bertindak sebagai pembekal kandungan (content provider) kepada mana-mana pihak yang berminat sama ada agensi berita, agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan malahan masyarakat awam dalam usaha menyebarluaskan mesej integriti.

Antara bahan dan kandungan yang diterbitkan ialah seperti rancangan Bicarawara (Talkshow), Pesanan Khidmat Masyarakat (Public Service Announcement), rakaman program integriti, dan sebagainya.

Penubuhan INTEGRITI.TV ini juga diharap akan membuka pelbagai bentuk dan ruang kerjasama dengan agensi-agensi berita serta pihak-pihak berkepentingan dalam penerbitan (audio visual) yang menjurus kepada mempromosikan agenda integriti.

Selain itu, Studio INTEGRITI.TV juga akan menyediakan kemudahan sewaan ruang studio untuk kegunaan pihak-pihak yang berminat, khususnya kepada para pelajar dan sebagainya. Namun tema yang ingin dibawa mestilah integriti dan nilai-nilai murni.

{:}{:en}The INTEGRITI.TV studio was inaugurated by Tan Sri Samsudin Osman, Former Chairman of the Malaysian Institute of Integrity (INTEGRITI) and Chairman of the Employees Provident Fund (EPF) in Menara INTEGRITI today.

INTEGRITI.TV was established as the latest proactive initiative of The Malaysian Institute of Integrity which will act as content providers  to any interested parties whether news agencies, government agencies, private sector, non-government organizations and also of civil society as an effort to spread the message of integrity.

Among the materials and content published are for talk shows, public service announcements, online modules, programme recording and more.

 

{:}

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu