Breakfast Talk pada kali ini merupakan anjuran bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan INTEGRITI. Topik yang telah dibincangkan adalah “Jaminan Kualiti & Program Pendidikan di IPT: Isu dan Cabaran Perspektif Integriti”. Pembicara Utama adalah Encik Muhammad Muammar Gadaffi bin Omar, Pengarah Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, MQA. Para pembincang pula YBhg. Datuk Seri Zakaria Jaffar, Pengerusi Yayasan Anti-Rasuah Malaysia (YARM) & Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Dakwah Khas) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Objektif program ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat terkini berkenaan jaminan dalam kualiti pengajian dan program di institut pengajian tinggi di Malaysia. Para peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholder) termasuk pegawai Kerajaan Persekutuan, Ahli Akademik dan Sektor Swasta.