Bertempat di Auditorium Ja­batan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) telah diadakan Executive Breakfast Talk yang dianjurkan oleh PERHILITAN setelah mengambil contoh daripada beberapa siri Breakfast Talk yang dianjurkan oleh INTEGRITI.

Bertemakan “Kepimpinan Pengurusan dan Tadbir Urus dalam Perspektif Integriti, Hamilye Sham Harun yang merupakan salah seorang panel jemputan menegaskan bahawa sikap terhutang budi ini boleh menjerat diri sendiri. Menurut beliau, apabila penjawat awam terhutang budi dengan bantuan yang diterima, mereka akan berada dalam keadaan serba salah dan akhirnya terpaksa akur dengan permintaan pihak terbabit.

Ini adalah kerana lazimnya, pihak tertentu mungkin menawarkan pertolongan kerana mereka mengharapkan balasan, khususnya daripada mereka yang berpangkat tinggi dan mempunyai kuasa.

Turut hadir, Timbalan Ke­tua Pengarah 1 Perhilitan, Fakhrul Hatta Musa sebagai pembicara utama; wakil Kesatuan Pekerja Jabatan Perhilitan serta pengurusan tertinggi dan kakita­ngan Perhilitan yang menggunakan peluang ini untuk bertanya pendapat dan berkongsi pengalaman mereka.

Menurut Fakhrul Hatta, diantara kerisauan yang sering dihadapi oleh organisasi beliau ialah ‘online smuggling’ dimana urusan ini dilakukan secara atas talian dan tiada rekod khusus untuk tujuan penyemakan terutamanya urusan trading yang melibatkan gading gajah dan juga tenggiling. Beliau juga berkata disinilah pihak penurusan tertinggi memainkan peranan dalam memantau anak – anak buah mereka disamping sentiasa alert sekiranya berlaku apa – apa kejadian yang mencurigakan.

Ini disokong oleh Tn Haji Hamilye yang menambah bahawa kes seperti ini terjadi kerana usaha memenangi hati penjawat awam tidak terhad kepada memberi wang, hadiah, wanita dan pakej percutian, malah ada pihak yang menggunakan cara halus termasuk membiayai kos pendidikan anak-anak penjawat awam terbabit.

Beliau memberitahu, malang­nya, segelintir penjawat awam tidak sedar tindakan yang diambil mereka boleh mendatangkan kesukaran dan akhirnya mereka terpaksa meluluskan sesuatu projek selepas dibelenggu rasa bersalah atau terhutang budi.

Dalam perkembangan ber­kaitan, beliau menjelaskan, INTEGRITI akan terus mengadakan program integriti di agensi-agensi kerajaan dalam usaha mendidik penjawat awam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan menjauhi gejala rasuah.

1028 1036 1037 1039 1044 1053 1054 1058 1059 1063