Seramai 80 orang pegawai dari Institusi Audit Sri Lanka bersama 3 pegawai dari Akademi Audit Negara telah hadir ke INTEGRITI pada 9hb Mac yang lalu berikutan daripada Kursus Pengauditan Prestasi yang dianjurkan oleh Akademi Audit Negara (AAN).
Objektif lawatan adalah unutk mengetahui tanggungjawab dan fungsi INTEGRITI dalam mengkoordinasi, memantau dan menilai perlaksanaan Pelan Integriti Nasional.
Taklimat telah disampaikan oleh En Amerul Muner, Pengarah dan Ketua Penyelaras Bahagian Khidmat Pengurusan dan En Rezaidi, Penyelaras Program Community Integrity Building.