Program Bicara Ilmu yang diadakan pada 2hb Mac ini telah dianjurkan untuk berkongsi dan memberi input mengenai nilai-nilai kebersamaan yang bersifat universal yang tersirat dalam pelbagai sambutan perayaan agama di negara ini bagi membantu menggubal Dasar Transformasi Nasional 2050 atau singkatnya TN50 yang bersifat holistik dan inklusif. Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Dengan kewujudan pelbagai kaum, kita mewarisi pelbagai budaya dan perayaan agama. Antara perayaan agama terbesar yang disambut oleh masyarakat di negara ini ialah Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak, Krismas dan Vaisakhi.

Setiap perayaan agama sangat menitik beratkan nilai-nilai murni dan integriti yang bersifat universal seperti kebaikan mengatasi kejahatan, bersyukur, mengeratkan perhubungan sesama keluarga, pengorbanan untuk kebaikan dan kesederhanaan. Kesedaran dan http://www.betteroutfitideas.com kefahaman integriti yang tersirat dalam setiap perayaan dalam kalangan generasi muda yang bakal mewarisi negara dapat memperkukuhkan lagi tradisi hubungan mesra dan toleransi antara kaum serta dapat meneruskan perjuangan menjadikan 5 top sexy outfit ideas 2017 Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, berdaya saing, inklusif dan berintegriti menjelang tahun 2050. Ini merupakan antara intipati yang telah dibincangkan dalam majlis tersebut.

16938876_10154946785228930_4285620324072313786_n 16939237_10154946793343930_2943443711554479744_n 16998785_10154946796368930_7639991107868125818_n 16999116_10154946792703930_7576367763238486751_n 16999116_10154946850398930_4710047539530496451_n 16999202_10154946792933930_6964703039917323934_n 17021464_10154946792498930_2428613373997854006_n 17021698_10154946795253930_6543421262719901718_n 17021877_10154946798008930_6172075541826350517_n 17022167_10154946789793930_2195465761704119794_n 17022360_10154946796913930_7668105324783189338_n 17098608_10154946797563930_5478133771882268881_n 17103270_10154946790053930_6950306474323794376_n 17103292_10154946789248930_7686529829505664685_n 17103346_10154946787388930_4461223343727693442_n 17103580_10154946785863930_9092292718985829751_n17021742_10154946789388930_7879722856852580278_n