Institusi Ekonomi telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat mengenai “Corporate Governance Watch 2016 – Ecosystems Matter”” yang dikeluarkan oleh Asian Corporate Governance Association pada 3 Mei 2017 di INTEGRITI.

Sesi ini diadakan dengan objektif untuk menyediakan satu landasan untuk pelbagai pihak berkepentingan dalam membincangkan unsur-unsur dan amalan yang perlu diperkemas, disemak semula atau diterima pakai ke dalam sistem tadbir urus semasa.