Tun Azizan Zainul Abidin Integrity Circles Program (TAZAIC) merupakan  program pembangunan modal insan yang disasarkan kepada golongan profesional muda.

Program ini dilihat sebagai penghargaan dalam memberi penghormatan kepada Allahyarham Tun Azizan, yang pada hayatnya telah menjadi ikon integriti dalam memperkukuhkan nilai nilai murni dikalangan belia.

Sesi High-Tea yang bertemakan “Reconnecting and Reminiscing” ini bertujuan untuk mengumpul kembali kesemua alumni TAZAIC dan melihat bagaimana mereka boleh menyumbang dalam usaha memartabatkan agenda integriti negara.

Sejak penubuhan program TAZAIC dari 2006 sehingga 2014, INTEGRITI telah menganjurkan 13 siri dan menghasilkan 307 alumni yang terdiri daripada sektor awam , swasta serta NGO.