Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menganjurkan satu  Perbincangan Meja Bulat  atas tajuk  “Strategi Bagi Mempertingkatkan Tahap Integriti Mahasiswa Bagi Memastikan Kepimpinan dan Tadbir Urus Terbaik Buat Negara  Di Masa Depan” menampilkan tiga  orang Ahli Panel  berpengalaman  bertempat di Auditorium Integriti pada 23 Mei 2017 iaitu:

  1. Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Haji Ahmad Bajunid, Ahli Lembaga Pengarah Integriti/Timbalan Naib Chanselor Inti-Uc Laureate International Universities
  2. Prof Madya Dr Sopian Bin Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan  Mahasiswa Kementerian Pengajian Tinggi
  3. Encik Mohamad Zaki Bin Ibrahim, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

RTD kali ini turut disertai oleh seramai 19 orang wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Pendidikan Tinggi.Kementerian Pelajaran, MARA, Biro Tata Negara dan sebahagian besar IPTA  yang berpengkalan di sekitar Lembah Kelang.