Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menerima kunjungan delegasi dari Kementerian Pentadbiran Awam, Sri Lanka yang diseliakan melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia pada 19 September 2017.

Delegasi tersebut terdiri daripada 21 pegawai tertinggi pentadbiran Sri Lanka antaranya Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Awam, Universiti Sabaragamuwa, Lembaga Dana Amanah Kebangsaan, Persatuan Pemuda Kebangsaan, Bank of Ceylon dan diketuai oleh Puan Jayasingha Arachchillage Chamila daripada Majlis Pembangunan Sumber Manusia Sri Lanka.

Kunjungan ini diadakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi INTEGRITI dalam menyediakan pelan pembangunan integriti negara. Delgeasi juga diperkenalkan kepada instrumen yang dibangunkan oleh INTEGRITI iaitu Integrity Assessment Tool (IAT), Malaysian Integrity Profile (MIP), Pelan Integriti Organisasi (PIO) dan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (PIBK).

Taklimat ringkas mengenai INTEGRITI disampaikan oleh Puan Aimi dan taklimat mengenai instrumen INTEGRITI disampaikan oleh En Rezaidi, Timbalan Pengarah bagi Program Pemantauan & Penilaian dan En Rais, Penolong Pengarah Kanan & Ketua Sekretariat Malaysian Integrity Profile (MIP).

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu