Pasukan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang terdiri daripada kakitangan dan pegawai berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 1 Oktober lalu.

Usaha julung kali ini menyaksikan pasukan INTEGRITI memacakkan bendera INTEGRITI tepat jam 6.15 pagi. Mereka juga membawa signage “Nasib Alam Bergantung Kepada Perilaku Kita. Amalkan Integriti”.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, YBhg Datuk Dr Anis Yusal Yusoff sambil mengucapkan tahniah kepada para peserta berkata, aktiviti ini adalah sebahagian daripada Program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) yang dilaksanakan bagi mempromosi dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.

“Misi Kinabalu ini adalah kesinambungan kepada aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sebelum ini. Kali ini misi ini diteruskan sehingga ke puncak Gunung Kinabalu yang merupakan tarikan pelancong,” kata beliau.

Kata beliau, INTEGRITI yakin dan percaya bahaw aaktiviti rekreasi juga boleh digunakan untuk memupuk budaya berintegriti tinggi di kalangan orang ramai, terutama para pelancong.

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu