Dialog Integriti ASEAN 2017 (AID) yang bertemakan Memupuk Tadbir Urus Baik Bersandarkan Nilai-nilai Sejagat telah diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2017. Dialog ini dihadiri oleh lebih dari 200 peserta dari Malaysia dan negara-negara anggota ASEAN yang lain.

Peserta yang menghadiri AID 2017 menyokong perkara-perkara keutamaan berikut:

  • Mengucapkan penghargaan kepada Institut Integriti Malaysia dan pihak-pihak yang bekerjasama menganjurkan Dialog Integriti ASEAN (AID) 2017.
  • Mengucapkan terima kasih kepada Dr. Surin Pitsuwan, bekas Setiausaha Agung ASEAN yang menyampaikan ucaptama.
  • Mengiktiraf sumbangan berharga daripada barisan panelis dan moderator; dan komen-komen daripada peserta dalam memperkayakan bahan Dialog ini.
  • Mengambil maklum semua agama utama mempromosikan nilai-nilai sejagat kesatuan kemanusiaan dan kebaikan tentang apa yang betul dan salah, baik dan buruk, kasih sayang dan perkongsian.
  • Mengambil maklum nilai-nilai yang berkaitan dengan integriti memainkan peranan penting dalam memastikan kebaikan kemanusiaan, dan kita mesti berjuang secara aktif dan hidup dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri kita sendiri demi menggalakkan tadbir urus dan integriti.
  • Mengambil maklum bahawa tadbir urus memastikan kerajaan berfungsi sebagaimana sepatutnya, menghindar rasa selesa, menghakis keyakinan orang ramai, dan memelihara akauntabiliti, keterangkuman, kepercayaan, penghormatan dan kedaulatan undang-undang.
  • Mengiktiraf dan menghormati kepelbagaian wilayah dari segi budaya, bahasa, dan agama; dan menggalakkan kerjasama di kalangan semua rakan-rakan untuk mengenal pasti dengan mendalam dari budaya mereka bagi mendapatkan kelebihan nilai-nilai sejagat yang menggalakkan tadbir urus yang baik.
  • Mengambil maklum bahawa dalam era teknologi canggih dan kewujudan Big Data, kerajaan mesti memperbaharui dirinya, bertukar daripada kerajaan yang berpusat kepada penyampaian perkhidmatan yang berpusatkan rakyat, berkongsi maklumat, dan menubuhkan perkhidmatan dalam talian bagi memastikan ketelusan dan kecekapan, menangani rasuah dan meningkatkan integriti.
  • Mengambil maklum kesegeraan yang diperlukan untuk menangani politik wang dan memperkukuhkan institusi kerajaan dengan pembaharuan undang-undang yang ketinggalan zaman, memperkuatkan rangka kerja perundangan, dan menegakkan penguatkuasaan undang-undang tanpa rasa takut dan menggalakkan persekitaran yang sesuai untuk tadbir urus yang baik.
  • Mengambil maklum kepentingan menjalankan penyelidikan secara berkekalan seperti tinjauan umum bagi membina Indeks Penilaian Prestasi (PEI) sebagai alat untuk meningkatkan perkhidmatan awam, perubahan budaya kerja, mendorong peningkatan prestasi, serta meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.
  • Mengambil maklum keperluan untuk membina rangkaian pakar ASEAN untuk bekerjasama menggalakkan tadbir urus yang baik.
  • Mengiktiraf kepentingan melaksanakan latihan dan bengkel mengenai tadbir urus yang baik berdasarkan nilai di kalangan penjawat awam, pegawai sektor swasta dan usahawan serta media dan masyarakat sivil di ASEAN.
  • Mengiktiraf usaha untuk meningkatkan buku-buku berkualiti, bahan-bahan latihan, modul, kertas penyelidikan, maklumat mengenai tadbir urus yang berasaskan nilai-niai sejagat di Pusat Sumber di ASEAN.
  • Mengambil maklum langkah-langkah selanjutnya yang perlu untuk mencapai pemahaman bersama demi mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap tadbir urus yang baik berdasarkan nilai untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti ASEAN.
  • Mengambil maklum walaupun tidak ada ‘Satu Ukuran Yang Sesuai Semua” dari segi penyelesaian, Taklimat Integriti merupakan satu budaya baru yang penting, yang perlu untuk menggalakkan tadbir urus yang baik dalam sesebuah organisasi.

Sehubungan dengan itu, AID 2017 memutuskan perkara-perkara berikut:

  1. Menggalak negara anggota ASEAN mempromosikan budaya integriti berdasarkan nilai-nilai yang dikongsi bersama dengan pemimpin kerajaan, pemimpin parti politik, sektor awam dan swasta dan organisasi sosial.
  2. Menggalak negara-negara anggota ASEAN untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menggalakkan tadbir urus yang baik berdasarkan nilai untuk membasmi penyelewengan, sistem perlindungan dan rasuah terutamanya ‘rasuah dengan reka bentuk’, mempromosikan amalan pengawalseliaan yang baik, dan menguatkan institusi penguatkuasaan serta penyertaan awam dalam menegakkan integriti.
  3. Menggesa negara-negara anggota ASEAN untuk bekerjasama membangunkan satu pasukan pakar dan jurulatih untuk berkhidmat sebagai pihak rujukan dalam bidang tadbir urus dan integriti yang berasaskan nilai.
  4. Meminta negara-negara anggota ASEAN membuat reka bentuk dan melaksanakan program-program latihan untuk menangani keperluan untuk meningkatkan daya saing global ASEAN, tetapi berpandukan nilai-nilai.
  5. Menggesa negara anggota ASEAN membangunkan juara integriti termasuk kalangan muda untuk menggalakkan tadbir urus yang bernilai tinggi.
  6. Meminta Setiausaha Agung ASEAN agar menggesa pemimpin-pemimpin ASEAN berjanji untuk menubuhkan Pusat Integriti ASEAN (AIC) di Sekretariat ASEAN. Ini akan berfungsi sebagai pusat data serantau mengenai nilai-nilai sejagat; dan juga sebagai rantaian untuk mempromosikan, menyelaras dan memantau pelaksanaan program berasaskan nilai ke arah membina masyarakat ASEAN yang peduli dan berkongsi, inklusif dan harmoni.
  7. Meminta Malaysia, bersama-sama dengan negara anggota ASEAN dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan agar mempertimbangkan untuk mengiktiraf peranan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sebagai pakatan strategik kepada Pusat Integriti ASEAN (AIC) dalam usaha pemetaan amalan-amalan terbaik bagi integriti dan menghindari rasuah dalam ASEAN.
Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu