Bulan: November 2017

TAN SRI DR SURIN PITSUWAN KEMBALI KE RAHMATULLAH: INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA UCAP TAKZIAH

KUALA LUMPUR, 30 November 2017: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengucapkan takziah atas kematian Tan Sri Dr Surin Pitsuwan, bekas Setiausaha Agung ASEAN dan Menteri Luar Thailand, hari ini. Bagi INTEGRITI, kematian Tan Sri Dr Surin merupakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh yang telah menunjukkan komitmen yang mendalam dalam usaha-usaha membudayakan integriti. INTEGRITI merasakan kematian Allahyarham Tan Sri Dr Surin bukan sahaja satu kerugian kepada rakyat Thailand, malah kepada seluruh dunia khususnya kepada rantau ASEAN. Kami menerima berita yang mengejutkan ini dengan penuh sedih. Tan Sri Dr Surin adalah seorang negarawan terbilang, seorang yang berilmu dan banyak...

Read More

Institut Integriti Malaysia Syor Pihak Berkuasa Tempatan Melaksanakan Pendekatan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (PIBK) Bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dan Integriti

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memperkenalkan pendekatan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (PIBK) di peringkat kerajaan-kerajaan tempatan untuk memperkukuh budaya berintegriti demi menjamin perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai. PIBK membabitkan prinsip kolaborasi atau penglibatan komuniti dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu atau masalah. Ia pendekatan proaktif membabitkan peranan rakyat bagi peningkatan kualiti perkhidmatan dan memperbaiki sistem penyampaian berdasaran prinsip pembudayaan integriti. INTEGRITI mencadangkan pelaksanaan PIBK susulan kejayaan projek rintis di tiga buah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Daerah Hulu Terengganu pada tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berkata, perbincangan telah diadakan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg Dato’ Sri Mohammad Mentek bagi melaksanakan pendekatan PIBK di PBT di seluruh negara. Hasil projek rintis di tiga buah PBT terbabit, kata beliau, tahap penyediaan perkhidmatan kutipan sampah, pembersihan longkang dan penyelenggaraan parit menunjukkan kadar penyelesaian masalah dengan ketara dan kualiti perkhidmatan telah meningkat sebanyak dua kali ganda. “Setakat ini pendekatan PIBK ternyata menyumbang kepada peningkatan tahap perkhidmatan sebagaimana diharapkan oleh orang ramai, khususnya pelanggan-pelanggan PBT-PBT.” Kata beliau, pendekatan PIBK tidak hanya terhad kepada perkhidmatan PBT sahaja, sebaliknya boleh digunakan membabitkan perkhidmatan-perkhidmatan di sektor lain. “Kami melihat pendekatan PIBK ini boleh diamalkan oleh PBT-PBT di seluruh negara,...

Read More

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA SAMBUT BAIK KOMITMEN PRASARANA PERKUKUH MEKANISME KAWALAN DALAMAN, TINGKAT BUDAYA BERINTEGRITI

KUALA LUMPUR, 23 November 2017: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menyambut baik langkah Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) agar pegawai dan kakitangannya mengisytihar kos percutian luar negara mereka dan mahu kos itu ditanggung sendiri oleh pegawai dan kakitangan, bukannya oleh mana-mana pihak ketiga, seperti yang dilaporkan akhbar pada 21 November 2017. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PRASARANA, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz dipetik berkata langkah itu merupakan salah satu initiatif bagi membanteras jenayah rasuah dan salah guna kuasa. PRASARANA juga melancarkan Bulan Integriti 2017 peringkat organisasi itu. Selaras aspirasi memperkasa integriti dalam urusan dan operasi, kesemua vendor dan pembekal PRASARANA disyaratkan perlu menghadiri taklimat integriti sekurang-kurangnya sekali. Sehubungan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berkata, komitmen mendalam yang diperlihatkan oleh PRASARANA itu merupakan perkembangan positif yang harus dipuji dan dihargai. Malah perkembangan ini menunjukkan, PRASARANA, selaku syarikat peneraju pengurusan pengangkutan awam berbilion ringgit, di kedua-dua di Malaysia dan di luar negara, menunjukkan contoh yang baik dalam mewujudkan mekanisme kawalan dalaman ketat dan menyeluruh bagi menghindari jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Datuk Dr. Anis Yusal berkata, INTEGRITI percaya langkah PRASARANA ini merupakan satu pendekatan konstruktif yang akan menyumbang kepada syarikat itu dan negara pada keseluruhannya, menyediakan sistem perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Oleh itu, beliau berharap, pendekatan yang diambil PRASARANA akan diambil contoh oleh agensi-agensi yang lain. “Saya bagi pihak INTEGRITI gembira kerana...

Read More

PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA DIILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PENGERUSI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)

KUALA LUMPUR, 15 November 2017: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan YBhg Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Tempoh pelantikan YBhg Datuk Dr Anis adalah bagi satu tempoh selama tiga tahun bermula 1 November 2017. YBhg Datuk Dr Anis Yusal sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, telah terlebih dahulu dilantik sebagai salah seorang Pesuruhjaya EAIC pada penggal yang lalu, bermula dari 14 Oktober 2014 lagi. Pelantikan kali kedua ini, khususnya sebagai Timbalan Pengerusi EAIC adalah satu penghormatan dan amanah yang amat besar kepada YBhg Datuk Dr Anis Yusal. Ketika ditanya pemberita, beliau menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku atas kepercayaan yang amat tinggi oleh pihak kerajaan dan negara kepada beliau. Beliau berjanji akan melaksanakan amanah negara ini sebaik yang mampu dan akan membantu Pengerusi EAIC yang baharu dalam melaksanakan tugas. “Pada masa yang sama, saya mengharapkan kerjasama dan sokongan semua pihak bagi membolehkan EAIC menunaikan fungsinya dan amanah yang diletakkan dengan efektif,” kata beliau lagi. YBhg Datuk Dr Anis Yusal pada waktu ini adalah Presiden dan dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI iaitu sejak Jun 2015. Sebelum itu beliau adalah Felo Penyelidik Utama di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. YBhg Datuk Dr Anis Yusal pernah bertugas lebih 10...

Read More

Institut Integriti Malaysia Saran Unit Integriti Negeri Memperluas Program Pupuk Integriti Di Peringkat Daerah

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menyarankan Unit Integriti Negeri memperluaskan program meningkatkan usaha pemupukan budaya berintegriti tinggi di peringkat daerah dengan membentuk gandingan melibatkan pegawai-pegawai daerah. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, YBhg Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, pegawai-pegawai daerah boleh memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai positif bagi memupuk budaya berintegriti dengan melaksanakan program-program yang khusus di kawasan masing-masing. Kata beliau, susulan pendekatan INTEGRITI memperluaskan program dan aktiviti bagi mencapai matlamat  Pelan Integriti Nasional (PIN) di peringkat nasional dan negeri,  PIN perlu dilaksanakan dengan menyeluruh di peringkat daerah. “Setiap daerah mempunyai sifat dan ciri tersendiri. Kita tidak boleh...

Read More

INTEGRITI CAS

Facebook feed

4 days ago
Perkasa unit integriti

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/perkasa-unit-integriti-1.591418

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Unit integriti yang terdapat di setiap agensi dan jabatan perlu diperkasakan bagi memastikan budaya kerja telus dan amanah dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat dalam negara.

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
4 days ago
[VIDEO NEWS] Bagan Datuk among earliest districts to implement Integrity Plan

Liputan media Program Diskusi Intelektual "Membina Negara Bangsa Berintegriti" di ... See more

ANALISIS : Mengapa Keperluan Integriti Dalam Parti dan Ahli Politik Sebagai Pemangkin Keyakinan Rakyat ? https://t.co/NaGUl3jM0o

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
5 days ago
DISKUSI INTELEKTUAL (16 JAN 2018)

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menganjurkan Program Diskusi Intelektual, dan Majlis Pelancaran Buku Nilai Integriti Pelbagai Agama Pengikat Persefahaman dan Modul Integriti Prasekolah ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
5 days ago
Foto daripada siaran INTEGRITI

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Majlis Pelancaran Buku 'Nilai Integriti Pelbagai Agama' dan Modul Integriti Prasekolah di INTEGRITI.

#tpm ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
« 1 of 3 »

Intranet



< 2018 >
January
MoTuWeThFrSaSu
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Jumlah Pelawat