Institut Integriti Malaysia Sambut Baik Tindakan Tegas Jabatan Kastam Gantung Ejen Penghantaran, Kekang Ketirisan Pendapatan Negara
Laporan media baru-baru ini memetik Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata negara kehilangan RM2.5 bilion dalam bentuk cukai dan duti sepanjang tiga tahun yang lalu, sebahagian besar kerana pemalsuan dokumen oleh ejen-ejen penghantaran. Malah menurut beliau, tahun ini sahaja lebih RM1 bilion tidak dapat dikutip dengan barangan bernilai RM731 juta diseludup masuk ke Malaysia. Pada pandangan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), kehilangan berbilion ringgit pendapatan negara perlu dipandang berat oleh semua pihak. Pada masa yang sama, INTEGRITI menyambut baik tindakan tegas Jabatan Kastam Diraja Malaysia menggantung lesen 20 ejen penghantaran di seluruh negara pada bulan depan. Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, penggantungan itu dilaksanakan berdasarkan Sistem Mata Demerit Kastam yang diperkenalkan pada April tahun ini untuk mencegah penyeludupan menerusi pelabuhan. Pada hemat INTEGRITI, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mula mengambil langkah konkrit bagi memupuk budaya berintegriti dalam kalangan anggota jabatannya dan meningkatkan tadbir urus baik. Di bawah kerjasama dengan INTEGRITI, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mula mengambil langkah mengguna pakai ujian psikometrik Profil Integriti Malaysia (MIP), yang melibatkan proses pengambilan pegawai-pegawai jabatan itu. Langkah itu akan diperluaskan membabitkan anggota pelaksana selepas ini. MIP satu instrumen yang digunakan untuk menilai tahap integriti seseorang individu. Ia menilai tahap integriti individu dalam dua aspek utama iaitu Kualiti Peribadi dan Pendirian. Malah Jabatan Kastam Diraja Malaysia merupakan antara agensi yang telah mengikuti latihan penggunaan Modul Integriti Agensi Penguatkuasaan yang...
Read More