Bengkel Semakan Pelan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berlangsung di Putrajaya dari 5 hingga 8 Disember 2017.

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menyediakan khidmat nasihat kepada LHDN bagi menjayakan proses semakan. Pasukan INTEGRITI diketuai oleh Penyelaras Profil Integriti Malaysia (MIP), Mohd Rais Ramli.

Seramai 30 pegawai agensi-agensi pelaksana LHDN terlibat dalam proses semakan. LHDN sasar lancar PIL 3.0 (2019-2023) tahun depan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi.

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu