KLANG – Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah membentangkan dapatan pelaksanaan Instrumen Penilaian Integiti (IAT) membabitkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 12 Disember lalu.

Pembentangan dilakukan di hadapan Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin. Turut hadir 22 Ahli Mesyuarat MPK.

Pelaksanaan IAT di MPK bermula pada 24 Ogos lalu dengan tindakan membangunkan instrumen tersebut. Ia disusuli dengan pelaksanaan pengumpulan data melibatkan warga MPK.

IAT salah satu instrumen yang dibangunkan oleh INTEGRITI bagi membantu meningkatkan budaya berintegriti tinggi. Ia adalah satu kaedah untuk menilai dan memperkukuhkan ekosistem integriti di dalam sesebuah organisasi.

IAT boleh membantu organisasi dalam mengenal pasti pemasalahan bagi tujuan pembaharuan dan keutamaan untuk memperkukuhkan sistem tadbir urus, mencegah, mengesan serta mendakwa pasalah lalu integriti.

Pembentangan dilakukan oleh Pengarah Pusat Koordinasi, Pemantauan dan Penilaian INTEGRITI, Hamilye Sham Harun dan Timbalannya, Mohd Rezaidi Mohd Ishak.

YBhg Dato’ Mohamad Yasid dan Ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan berpuas hati dengan hasil dapatan kajian dan langkah-langkah susulan akan diambil termasuk membangunkan Pelan Integriti Organisasi (PIO) MPK .

Pelaksanaan IAT adalah antara program dan aktiviti dimbil oleh MPK untuk meningkatkan budaya berintegriti di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Pada 28 November 2017, INTEGRITI dengan kerjasama telah menganjurkan program INTEGRITI’s Breakfast Talk. MPK merupakan PBT pertama menganjurkan program itu di tempat mereka.

Ketika itu, YBhg. Dato’ Mohamad Yasid menyifatkan program INTEGRITI’s Breakfast Talk sebagai satu langkah penting dalam pendekatan menyeluruh pihkanya meningkatkan budaya berintegriti dalam kalangan kakitangan MPK dan juga pihak-pihak berkepentingan.

“MPK juga telah menjalin kerjasama dengan INTEGRITI untuk menggunakan Instrumen Penilaian Integriti bagi memperkukuhkan nilai-nilai integriti. Kami akan memperluaskan usaha ke arah pemupukan budaya berintegriti dengan kerjasama INTEGRITI,” kata beliau.

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu