Temubual bersama Pengarah dan Ketua Penyelaras Program Koordinasi dan Pemantauan Integriti, Hamilye Sham Harun di IbuPejabat Malaysia Gazette, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Roadshow yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (Intergriti) boleh membantu semua pihak terutamanya kerajaan negeri dan pemimpin-pemimpin masyarakat mengenal pasti serta mencari penyelesaian terhadap isu-isu membabitkan integriti yang berlaku dalam masyarakat.

Berbeza dengan sebelumnya, pendekatan pihak Intergriti kali ini lebih rapat kepada rakyat dengan turun padang dan menjayakan program di seluruh negara hasil kerjasama agensi-agensi berkaitan serta jabatan intergriti di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Malaysia.

Pengarah dan Ketua Penyelaras Program Koordinasi dan Pemantauan Intergriti Hamilye Sham Harun berkata, Intergriti menggunakan roadshow tersebut sebagai platform untuk berkongsi program yang ada selain memperkenalkan produk dan instrument yang telah dibangunkan oleh badan tersebut.

Antaranya Intergrity Assesment Tool (IAT) yang membolehkan masyarakat membuat penilaian mengenai intergriti sesebuah syarikat atau Malaysian Intergrity Profile (MIP) bagi membuat penilaian terhadap individu.

Roadshow itu juga akan memperlihatkan dengan lebih jelas tentang isu-isu intergriti yang wujud di setiap negeri.

Jelasnya, semua maklumat berkaitan intergriti pada peringkat negeri akan dimuat naik dalam sistem yang dinamakan Dashboard intergriti yang merupakan paparan dalam bentuk pembangunan analisa.

Melalui maklumat tersebut, pihak-pihak berwajib berupaya mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkan tahap intergriti di negeri masing-masing.

“Di dalam roadshow tersebut kita akan kumpulkan maklumat dan buat bengkel sebelum bentangkan dalam dashboard.

“Dalam setiap bengkel kita akan bentangkan semua masalah dan minta cadangan untuk penyelesaian sebelum ia dirangkum mengikut kluster.

“Hasilnya akan diserahkan kepada unit intergriti SUK. Pihak kami akan membantu sehingga ke tahap tersebut namun dari segi pelaksanaan, ianya akan dilakukan oleh pihak negeri,” katanya kepada MalaysiaGazette dalam satu temubual eksklusif di sini hari ini.

Menurut Hamilye, penerimaan dari akar umbi amat baik sehingga ada negeri yang mencadangkan supaya roadshow tersebut dilakukan di peringkat daerah bagi membolehkan pihak Intergriti mendapat maklumat serta menjalin hubungan lebih erat dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

Bagi roadshow di peringkat negeri, pihak Intergriti mendapat input mengenai akar umbi menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya berharap kepada negeri-negeri yang masih belum berhubung dengan kami bolehlah berbuat demikian bagi memudahkan urusan untuk mengadakan program ini.

“Banyak proses yang perlu dilakukan dan ianya akan mengambil masa,” katanya lagi.

Program yang telah diadakan di buah negeri iaitu Selangor dan Sarawak itu akan diteruskan ke seluruh negara dan dijangka tamat pada tahun hadapan.

Lokasi terakhir program jelajah Intergriti itu bakal diadakan di Putrajaya. – MalaysiaGazette

Sumber: Malaysia Gazette

 

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/10/12/roadshow-untuk-perbaiki-isu-intergriti-setiap-negeri/

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu