Bulan: Mac 2018

MANTAN KETUA PENGARAH IKIM, DATO’ WIRA DR ISMAIL IBRAHIM DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), YBhg Dato’ Wira Dr Ismail Haji Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) berkuat kuasa 6 Mac 2018. Beliau yang juga mantan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi satu tempoh selama dua tahun. YBhg Dato’ Wira Dr Ismail dilahirkan pada 12 Mei 1937 di Kampung Permatang Berangan, Mukim Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengajian Arab dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1963 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama dari Universiti St. Andrews, Scotland pada tahun 1975. Pengerusi Lembaga Pengarah INTEGRITI, YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan YBhg Dato’ Wira Dr Ismail akan memanfaatkan INTEGRITI yang diberi amanah untuk melaksanakan agenda pemupukan dan penghayatan budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas pelantikan YBhg Dato’ Wira Dr Ismail sebagai Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI. Oleh itu, saya yakin YBhg Dato’ Wira Dr Ismail yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam soal tadbir urus yang baik, dan dalam hal ehwal Islam akan menjadi aset dalam menjayakan agenda meningkatkan budaya berintegriti. Sebelum ini, YBhg Dato’ Wira Dr Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, selain sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP), Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa...

Read More

MAJLIS PENGHARGAAN DAN JASAMU DIKENANG: INTEGRITI RAIKAN DATUK DR ANIS YUSAL YUSOFF

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2018: “Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa.” Ungkapan ini tidak asing lagi bagi mengiringi mereka yang berpisah. Hampir tiga tahun mengemudi Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) memang sukar untuk mengucapkan salam perpisahan kepada YBhg Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff. Namun perpisahan bukan bererti pengakhiran. Majlis Penghargaan dan Jasamu Dikenang bagi meraikan sumbangan dan khidmat beliau diadakan di Menara INTEGRITI di sini, petang ini. YBhg Datuk Dr. Anis Yusal mengakhiri tempoh perkhidmatan beliau sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) berkuat kuasa 12 Mac lalu....

Read More

Current Awareness Service

Intranet



Facebook feed

3 months ago
Dalam Kenangan: Khalid Salleh - "Kalau Aku Jadi PM"

Persembahan Puisi "Kalau Aku Menjadi PM"
sempena Integrity Art Night: Malam Puisi: Integriti Inspirasi Merdeka
28 Ogos 2015 di Institut Integriti Malaysia

« 1 of 40 »
< 2018 >
November
MoTuWeThFrSaSu
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Jumlah Hit