Bulan: April 2018

Institut Integriti Malaysia sedang semak semula Pelan Tindakan Pelan Integriti Nasional (PIN)

SERDANG, 20 April 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sedang menyemak semula pelan tindakan Pelan Integriti Nasional (PIN), yang dilancarkan pada tahun 2004, seiring dengan cabaran dan keperluan semasa. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, INTEGRITI kini dalam proses menghalusi syor dan pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak bagi melakukan penambahbaikan ke atas aspek yang berkaitan dengan pelan tindakan PIN dan akan dilancarkan dalam waktu terdekat. “Institut Integriti Malaysia sedang melakukan semakan semula pelan tindakan Pelan Integriti Nasional. Ia kini di peringkat akhir dan akan dilancarkan dalam waktu terdekat. “Semakan ini mengambil kira perkembangan dan...

Read More

Institut Integriti Malaysia anjur Fiesta Integriti bagi pupuk budaya berintegriti dalam kalangan mahasiswa

SERDANG, 20 April 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan menganjurkan Fiesta INTEGRITI bersempena ulang tahun kali ke-14 pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan INTEGRITI. Program ini diadakan di Kampus UPM, Serdang dengan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang semalam. Antara acara yang diadakan termasuklah pameran integriti dan pelbagai permainan yang berorientasikan nilai-nilai integriti. Aktiviti yang lebih bersahaja ini dilihat berjaya menarik minat golongan belia untuk bersama-sama turut serta dan secara tidak langsung dapat menghayati dengan lebih mendalam makna nilai-nilai integriti. Seterusnya pada sebelah petang, program Putra Integrity Walk telah diadakan, yang melibatkan...

Read More

SYARAHAN KHAS PILIHAN RAYA DAN DEMOKRASI

KUALA LUMPUR, 3 April 2018: Di sebalik tumpuan seluruh negara ke atas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menjemput mantan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Seri Wan Ahmad Wan Omar untuk berkongsi ilmu mengenai sistem pilihan raya di Malaysia. Beliau yang berada di SPR hampir dua dekad termasuk selaku setiausahanya mengupas tajuk Pilihan Raya dan Demokrasi. Sepanjang sesi syarahan khas selama dua jam ini, beliau telah memberikan gambaran yang luas mengenai pengurusan pilihan raya, undang-undang dan proses-proses yang terlibat di Malaysia. Sesi ini diadakan khusus untuk warga kerja INTEGRITI. Ia berlangsung di Menara...

Read More

Current Awareness Service

Intranet



Facebook feed

3 months ago
Dalam Kenangan: Khalid Salleh - "Kalau Aku Jadi PM"

Persembahan Puisi "Kalau Aku Menjadi PM"
sempena Integrity Art Night: Malam Puisi: Integriti Inspirasi Merdeka
28 Ogos 2015 di Institut Integriti Malaysia

« 1 of 40 »
< 2018 >
November
MoTuWeThFrSaSu
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Jumlah Hit