KUALA LUMPUR, 3 April 2018: Di sebalik tumpuan seluruh negara ke atas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menjemput mantan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Seri Wan Ahmad Wan Omar untuk berkongsi ilmu mengenai sistem pilihan raya di Malaysia.

Beliau yang berada di SPR hampir dua dekad termasuk selaku setiausahanya mengupas tajuk Pilihan Raya dan Demokrasi.

Sepanjang sesi syarahan khas selama dua jam ini, beliau telah memberikan gambaran yang luas mengenai pengurusan pilihan raya, undang-undang dan proses-proses yang terlibat di Malaysia.

Sesi ini diadakan khusus untuk warga kerja INTEGRITI. Ia berlangsung di Menara INTEGRITI, Kuala Lumpur pada 3 April. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.