Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Kerajaan Negeri Kedah Menganjur Sesi Bicara Integriti

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan Sesi Bicara Integriti sempena Seminar Pengukuhan Nilai dan Amalan Integriti yang berlangsung di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada  24 Mei 2018 – program julung kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlangsung awal bulan ini. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, YBrs Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, keputusan Kerajaan Negeri Kedah memilih INTEGRITI itu satu langkah positif bagi memperkukuh usaha pemupukan dan penghayatan budaya berintegriti. “Ini langkah permulaan yang baik di pihak Kerajaan Negeri Kedah yang baharu. INTEGRITI yakin usaha seperti ini akan melancarkan lagi pendekatan mencapai...

Read More