Seminar Kebangsaan yang bertajuk “Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti Dan Perpaduan Nasional” pada 26 Julai 2018 di Auditorium INTEGRITI dihadiri oleh 350 orang peserta mewakili pegawai kerajaan dan pelbagai sektor masyarakat dari seluruh negara telah berbincang dan mengemukakan resolusi-resolusi berikut :

  • Pemantapan Modul Integriti berkonsepkan agama dalam sistem pendidikan di setiap peringkat terutama di peringkat prasekolah;
  • Semakan semula buku teks supaya bersesuaian dengan nilai-nilai murni rakyat Malaysia;
  • Media perlu memainkan peranan penting dalam perbanyakan program berbentuk – diskusi /dialog bersiri dari aspek budaya integriti berasaskan agama
  • Menjadikan prinsip Rukun Negara yang pertama Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai subjek wajib di semua peringkat pendidikan
  • Mengalakkan kakitangan awam dan swasta menghadiri sesi pendidikan berterusan (program keagamaan mengikut agama masing-masing yang dipantau oleh majikan;
  • Mengalakkan sektor-sektor swasta dan korporat untuk penajaan iklan yang menerapkan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan yang diterbitkan dan juga sebagai projek CSR mereka;
  • Memperkasa dan menyediakan modul “mediation and conflict resolution” bagi membincangkan isu-isu antara etnik dan agama sebelum penguatkuasaan akta;
  • Promosi nilai-nilai murni oleh semua Jabatan Kerajaan dalam kapsul-kapsul di media elektronik, poster-poster di jalan raya, media cetak dan sosial media;
  • Perkenalkan subjek Perbandingan Agama (berdasarkan agama masing-masing) di peringkat IPT;
  • Menerbitkan buku panduan berkaitan pelbagai agama dalam media massa

 

26 Julai 2018

Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur