Bulan: Ogos 2018

Breakfast Talk INTEGRITI Kupas Isu Akauntabiliti Guru dalam Memerangi Ancaman Dadah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menganjurkan program Breakfast Talk INTEGRITI yang mengupas topik “Akauntabiliti Guru Dalam Memerangi Ancaman Dadah”. Program ini berlangsung di Auditorium INTEGRITI di sini pada 29 Ogos. Program kali ini memilih topik tersebut memamdangkan peranan guru amat penting untuk mencegah penularan dadah dalam kalangan pelajar kini. Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama, Kementerian Pendidikan, Nadzman Radzaly bertindak sebagai pembincang utama. Program kali ini turut menampilkan Setiausaha Kerja (Operasi dan Program) PEMADAM, Zuriah  Abu Bakar...

Read More

PKNS dengan Kerjasama Institut Integriti Malaysia Anjur Konvensyen Integriti Kali Kelima

SHAH ALAM, 28 Ogos 2018 – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor beserta sokongan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menganjurkan Konvensyen Integriti PKNS Kali Kelima di sini, hari ini. Konvensyen kali ini bertemakan “Pemerkasaan Integriti dan Tadbir Urus Korporat Terbaik”. Menyedari akan kepentingan tadbir urus korporat yang baik dan tentunya pemerkasaan nilai integriti dalam diri, konvensyen kali ini menampilkan ahli-ahli panel tersohor yang berpengalaman luas di dalam bidang berkaitan integriti, rasuah dan tadbir urus korporat. Konvensyen ini dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Ybhg. Datuk Nor Azmie Diron. Dalam ucaptamanya beliau berkata, inisiatif yang...

Read More

Breakfast Talk INTEGRITI: Bomba Zahir Komitmen Berpegang Kepada Prinsip Integriti

PUTRAJAYA, 28 Ogos 2018 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memberikan penekanan dan berpegang teguh kepada prinsip integriti, kata Ketua Pengarahnya, YBhg. Mohammad Hamdan Wahid. Selaras dengan kehendak kerajaan serta peraturan awam berkaitan seperti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 mengenai Penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam, beliau memberitahu, pihaknya akan terus mengambil langkah untuk memperkuatkan keutuhan dan fungsi unit tersebut dengan merencanakan tindakan  yang agresif dalam usaha memperkasakan integriti dalam segenap aspek pelaksanaan amanah dan tugas. “Kita melihat usaha memperkasakan integriti ini sebagai salah satu wadah yang sangat penting dan elemen asas yang amat kritikal...

Read More

Peneraju Institusi Pemulihan Insan Yang Efektif Selaras dengan Pemupukan Nilai Integriti Individu

KAJANG, 16 Ogos 2018: Sebut sahaja “penjara” semestinya ramai yang akan dibayangi oleh perasaan negatif serta emosi takut dan sedih. Penjara dikatakan sebagai tempat berakhirnya buat si pesalah sama ada saat berhentinya degupan jantung atau penghujung kepada kesilapan lampau. Dalam memperbetulkan persepsi masyarakat mengenai tempat yang boleh dikatakan sebati sebagai tempat tahanan dan hukuman banduan semata-mata, Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengadakan program santai Breakfast Talk INTEGRITI yang mengupas topik Peneraju Perkhidmatan Korektif: Perspektif Integriti” di Dewan Kelab Penjara Kajang di sini, hari ini.  Program ini menampilkan YBhg. Dato’ Sri Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Penjara...

Read More

Institut Integriti Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang meterai MoU kukuh nilai integriti

PEKAN, 7 Ogos 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam bidang penghayatan budaya berintegriti, antara lain membolehkan kedua-dua pihak menerokai peluang memperkenalkan modul pengajian integriti dan governans atas talian. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, ia sebahagian daripada usaha bagi menyokong agenda pemupukan budaya berintegriti dan melahirkan rakyat Malaysia yang berintegriti tinggi. “Perkara ini sedang diteliti oleh INTEGRITI dan pengurusan UMP di mana kami sedang mencari pendekatan terbaharu, yang bersifat kontemporari bagi mendukung usaha memupuk nilai-nilai integriti,” kata beliau selepas majlis menandatangani MoU...

Read More
  • 1
  • 2