KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menganjurkan program Breakfast Talk INTEGRITI yang mengupas topik “Akauntabiliti Guru Dalam Memerangi Ancaman Dadah”.

Program ini berlangsung di Auditorium INTEGRITI di sini pada 29 Ogos.

Program kali ini memilih topik tersebut memamdangkan peranan guru amat penting untuk mencegah penularan dadah dalam kalangan pelajar kini.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama, Kementerian Pendidikan, Nadzman Radzaly bertindak sebagai pembincang utama.

Program kali ini turut menampilkan Setiausaha Kerja (Operasi dan Program) PEMADAM, Zuriah  Abu Bakar dan Ketua Unit Transformasi dan Pengurusan Pelaksanaan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Fauwaz Hasbullah masing-masing sebagai pembicara pertama dan kedua. Ketua Kluster dan Penyelaras Agensi Penguatkuasaan, Harisham Ibrahim bertindak sebagai moderator.

Seramai 170 warga pendidik muda dari sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuala Lumpur hadir dalam program ini.