Sesi Penerangan mengenai Pelan Antirasuah Nasional (NACP) telah diadakan pada 10hb April 2019 di Dewan Murni, Menara INTEGRITI.

Sesi ini adalah dikhususkan kepada agensi GLC dan Badan Berkanun. Ianya dilaksanakan di atas tujuan untuk mempersiapkan para peserta yang terdiri daripada Pihak Pengurusan Tertinggi atau Ketua Unit Integriti di GLC dan agensi Badan Berkanun supaya mahir dan menjadi penggerak untuk melaksanakan inisiatif yang terkandung dalam NACP.

INTEGRITI sebagai salah satu agensi dibawah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC)  dipertanggungjawabkan bagi membantu dari segi pembangunan kapasiti di dalam sektor awam, swasta dan juga Government-Linked Companies (GLCs). 

Sesi bengkel ini telah dikendalikan oleh dua pegawai INTEGRITI yang telah dilantik sebagai resource person NACP iaitu En Fison Hamdi Ahmad dan juga En Rezaidi Ishak.

Slot Satu oleh En Fison menerangkan mengenai Apa itu Pelan Antirasuah Nasional? dan juga Fungsi GIACC dan INTEGRITI. Manakala slot seterusnya adalah mengenai Tanggungjawab Sektor Awam & Korporat dalam Menjayakan NACP dan Guidelines on Adequate Procedure oleh En Rezaidi.

Bengkel selama empat (4) jam ini turut memberi ruang kepada para peserta untuk mengemukakan sebarang soalan dan cadangan penambahbaikan dalam usaha untuk melaksanakan NACP di peringkat agensi masing-masing.

Di akhir program ini, para peserta telah dapat:

  1. Mengenalpasti intipati dan kerangka Pelan Antirasuah Nasional (NACP).
  2. Mengenalpasti peranan dan pelan tindakan NACP khususnya oleh agensi GLC dan badan berkanun.
  3. Menyebarluas maklumat berkaitan NACP kepada organisasi dan  merealisasikan initiatif NACP.
  4. Mengenalpasti produk dan perkhidmatan INTEGRITI yang boleh membantu dalam perlaksanaan NACP.

 

 

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu