NOTIS SEBUT HARGA

1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan bertaraf bumiputera dan bukan bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut:

Tajuk Sebut hargaKod Bidang PendaftaranTarikh Sebut harga
Perkhidmatan Pelan Perlindungan Insuran Kakitangan Di Institut Integriti Malaysia Bagi Tempoh 1 September 2019 Sehingga 31 Ogos 2020.

i) Pelan Skim Perlindungan Insuran Nyawa Berkelompok (Group Term Life Insurance – GTL)

ii) Pelan Skim Perlindungan Insuran Kemasukan Ke Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (Group Hospitalization and Surgical – GHS)

iii) Pelan Skim Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (Group Personal Accident – GPA)
221802 – Broker Insuran (Perlu Lesen Bank Negara)Buka :
31 Julai 2019

Tutup :
6 Ogos 2019

2. Dokumen sebut harga hanya boleh didapati mulai 31 Julai 2019 dengan memuat turun di sini.

3. Tawaran sebut harga hendaklah dibuat berdasarkan kepada spesifikasi perkhidmatan yang dinyatakan.

4. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan sebelah kiri sampul surat “No Rujukan Sebutharga (IIM/SH/4/2019)” dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut di Institut Integriti Malaysia, Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 KUALA LUMPUR.

5. Borang hendaklah sampai tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh tawaran ditutup. Tawaran yang lewat dari masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

6. Sebarang pertanyaan berkenaan sebut harga boleh hubungi Encik Elminizam di talian 03-6209 2044 atau Puan Nazsalwani di talian 03-6209 2045.

Webmail Portal Kolaboratif Pusat Ilmu