Anjuran Malaysia Corruption Watch (MCW) dengan
kerjasama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Kuala Lumpur, 23 Jun – Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menjalinkan kerjasama pintar dengan Malaysia Corruption Watch (MCW) untuk menganjurkan Seminar Integriti secara dalam talian. Ini merupakan usaha berterusan INTEGRITI untuk memberikan pendidikan dan maklumat
kepada masyarakat Malaysia khususnya ahli MCW tentang kepentingan
nilai integriti dalam setiap urusan kehidupan.

Seminar yang julung kali diadakan ini terbahagi kepada 12 modul yang berlangsung dari 8 Jun 2020 hingga 24 Jun 2010 telah mendapat sambutan mengalakkan.

Puan Nor’afiza Saim, Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI berkata, INTEGRITI sentiasa komited untuk memberikan kefahaman, pendidikan, latihan dan khidmat perunding kepada semua pihak sama ada sektor awam dan swasta dalam aspek governans, integriti dan antirasuah.

“Pintu INTEGRITI sentiasa terbuka untuk membentuk jalinan kerjasama dengan mana- mana pihak demi menjayakan agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah”.

Total Visits: 612334