Sukacita dimaklumkan bahawa IIM sedang mencari individu yang mempunyai pengalaman dan kelayakan untuk menjadi Konsultan Luar bagi pihak IIM dalam usaha membantu pelaksanaan program latihan, bengkel, sesi konsultasi dan inisiatif yang mencakupi topik Governans, Integriti dan Antirasuah.   Berikut adalah kriteria yang ditetapkan:

  1. Berdedikasi dan Berintegriti tinggi
  2. Kelayakan Akademik Ijazah/Sarjana/Ijazah Kedoktoran ATAU mempunyai Sijil Profesional lain yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  3. Berpengalaman dalam mengendalikan sesi bengkel sebagai Konsultan di agensi sektor awam atau swasta sekurang-kurangnya 5 tahun dan ke atas;
  4. Berpengalaman luas dalam bidang Governans, Integriti, dan Antirasuah terutamanya dalam aspek Penilaian Risiko Rasuah (CRA) / Etika & Tadbir urus/Pengurusan data/ Sistem Pengurusan Antirasuah/Rasuah & Integriti/Psikologi (organisasi/industri)/ Juruaudit Sistem Pengurusan Kualiti/ Pengurusan Organisasi dan mana-mana yang berkaitan;dan
  5. Berkeyakinan dan berkebolehan dalam menyampaikan ceramah dengan efektif.

 Bagi yang berminat sila emel CV dan borang daftar yang telah dilengkapkan ke zarina@integriti.my dan athirah@integriti.my.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh hubungi Puan Zarina atau Puan Athirah di talian 03-62092172/ 03-62092039.

Total Visits: 1136570