Integriti
  • Info Korporat
    • Latar Belakang
    • Visi & Misi
    • matlamat & 4 output
    • Logo
    • THE TURTLE MODEL dalam pelan integriti nasional
    • MEKANISME INTEGRITI
  • Struktur Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Ahli Kehormat Integriti
    • Ahli INTEGRITI
    • Struktur Organisasi
  • PUSAT
    • pusat komunikasi, program bitara & program antarabangsa
    • PUSAT KOORDINASI, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
    • PUSAT ILMU DAN RUNDINGCARA INTEGRITI, KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN
    • pusat pembangunan dan pelaksanaan program
  • Penerbitan
    • Current Awareness Service
    • Laporan Tahunan
    • katalog buku
    • Taklimat Integriti
  • Media
    • Liputan Media
    • Siaran Media
    • Koleksi Syarahan
  • peluang kerjaya
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Jemputan Ceramah Integriti
  • English (US)English (US)

Select Page

Ahli Kehormat Integriti

YBhg. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob
YBrs. Dr. Chandra Muzaffar
YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal

YBhg. Dato’ Sri Dr. Isahak Yeop Mohamad Shar
YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan

Datuk Dr. Mohd Tap Salleh

Carian

INTEGRITI CAS

Facebook feed

13 hours ago

Latar Belakang

Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan pada 23 April 2004 dan merupakan pelan terperinci untuk mencapai cabaran keempat yang digariskan dalam Wawasan 2020 iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.


Pada tarikh yang sama, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah dilancarkan untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan PIN. Pelan ini memberi tumpuan kepada lapan institusi utama iaitu keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran.


Sepanjang sedekad penubuhannya, INTEGRITI telah menganjur dan mengadakan pelbagai program dan aktiviti di seluruh daerah dan negeri termasuk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran ke arah mencapai wawasan negara iaitu untuk menjadi sebuah negara yang berintegriti tinggi.


Visi & Misi

Visi

Membantu Malaysia ke arah mencapai negara berintegriti tinggi, yang berdaya tahan dan mengamalkan nilai-nilai murni sejagat.

Misi

Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional.


MATLAMAT & 4 OUTPUT INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA


BAGI MEMUDAHKAN PEMBANGUNAN MALAYSIA MENCAPAI STATUS NEGARA BERINTEGRITI TINGGI, BERDAYA TAHAN DAN MENGAMALKAN NILAI MURNI SEJAGAT, INTEGRITI MEMFOKUSKAN KEPADA EMPAT OUTPUT UTAMA:



a) Institusi yang mengkoordinasi, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional.

b) Institusi yang menggerakkan semua lapisan dan sektor masyarakat secara fokus dan negara ke arah mencapai lima Sasaran Tekad Integriti.

c) Institut pemikir perdana (premier think-tank) berkaitan hal ehwal pengukuhan integriti negara.

d) Institut rujukan integriti dalam negara dan serantau yang mempunyai rangkaian strategik dan mendapat pengikitirafan global.




THE TURTLE MODEL DALAM PELAN INTEGRITI NASIONAL

Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan holistik yang bertujuan untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berintegriti tinggi melalui pengukuhan sistem integriti nasional berdasarkan model INTEGRITI sendiri yang dikenali sebagai The Turtle Model. Model ini terdiri daripada lapan institusi:


Dalam Model Penyu yang melatari Pelan Integriti Nasional, ‘penyu’ diambil sebagai suatu metafora yang diilhamkan oleh kekhususan rantau ini dan mencerminkan persoalan integriti. Ia mengambil kira empat unsur penting iaitu: (a) ekosistem dan sejarah Nusantara yang mana Malaysia ialah sebahagian daripadanya; (b) kewujudan dan sifat-sifat penyu, sejenis haiwan yang sinonim dengan rantau ini dan merupakan ikonnya; (c) nasib yang menimpa haiwan berkenaan; dan (d) apa yang harus kita lakukan demi kelangsungan masa hadapan penyu, yang melambangkan kelangsungan kehidupan generasi-generasi akan datang. Soal integriti terkandung secara tersurat dan tersirat di dalam keempat-empat perkara ini.



Ekosistem dan sejarah Nusantara amat penting dan bersifat hakiki di sini. Sebarang pelan atau model untuk berjaya – seperti ditegaskan di atas — harus mengambil kira dan bersebati dengan sejarah dan ekosistem masyarakat dan negara tempat ia diterapkan. Ertinya, di samping ia mencerminkan ciri-ciri universal, ia perlu mempunyai ciri-ciri khas yang memanifestasikan kekhususan setempat. Justeru, pembinaan Pelan Integriti Nasional dan Model Penyu memang berakar-umbikan sejarah dan ekosistem Nusantara dan Malaysia.


MEKANISME INTEGRITI


INTEGRITI telah membangunkan beberapa mekanisme untuk membantu organisasi merangka, melaksana dan memantau pelan integriti masing – masing.


[i] Malaysian Integrity Profile

[ii] Instrumen Penilaian Integriti (IAT)

[iii] Pelan Integriti Organisasi (PIO)

[iv] Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (PIBK)
... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
View on facebook
20 hours ago
Foto daripada siaran INTEGRITI

Fiesta Integriti sedang berlangsung di Kolej Pendeta Za'ba Universiti Putra Malaysia (UPM), acara dimulakan dengan Kempen Do It Right untuk mengumpul 1,000 tandatangan peserta.
#fiestaintegriti #integritidihati #integriti ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
View on facebook
1 day ago

Happening tomorrow! Let us celebrate the integrity movement. Come one, come all.

#fiestaintegriti #integriti #integritidihati #ulangtahunintegriti #pelanintegritinasional #institutintegritimalaysia #upm #celebration ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
View on facebook
1 day ago
Kulit foto INTEGRITI

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
View on facebook
« ‹ 2 of 24 › »

Intranet



Berita Terkini

  • SYARAHAN KHAS PILIHAN RAYA DAN DEMOKRASI
  • MAJLIS PENGHARGAAN DAN JASAMU DIKENANG: INTEGRITI RAIKAN DATUK DR ANIS YUSAL YUSOFF
  • Jadikan Integriti Benteng Terakhir Ummah, Titah Raja Muda Perlis
  • INTEGRITI raikan sumbangan felo utama Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong
  • “Malaysianality” And Responsibility: Special Talk by Datuk Seri (Dr.) Lim Chong Keat
<
< 2018 >
April
>
Month
Month
List
Week
Day
MoTuWeThFrSaSu
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Jumlah Hit



Hakcipta terpelihara © Institut Integriti Malaysia

  • Polisi Hak Cipta
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman