Program 1Malaysia ini telah diadakan di Pekan , Pahang pada 24 -26hb Februari yang lepas. Program ini mempunyai  empat objektif utama iaitu, bagi menyemarakkan hubungan pemimpin tertinggi negara dengan pemimpin dan ahli komuniti dengan menjadikan mereka sebagai jaringan kerja dalam usaha menggerakkan mereka sebagai agen pemasaran maklumat, mengukuhkan semangat perpaduan selari dengan aspirasi 1Malaysia, mengenal pasti dan mendekati kumpulan B40 melalui perkhidmatan, bantuan dan peruntukan secara terus yang disediakan oleh kerajaan dan sebagai platform kepada agensi kerajaan dan NGO untuk membantu pemain-pemain industri kecil dan sederhana di kalangan usahawan komuniti. Ini termasuk pendedahan tentang peluang-peluang perkhidmatan dan pembiayaan modal yang disediakan oleh kerajaan. INTEGRITI telah menyertai program ini sebagai pempamer bertujuan untuk menyebarluas agenda integriti serta mempromosikan INTEGRITI di kalangan masyarakat.

16806759_1311623625601741_3802707763533343406_n 16806894_1311623632268407_4297106561305128170_n 16997911_1311623728935064_1707943362371599552_n 16998993_1311623628935074_4553192046716254542_n 17022035_1311623732268397_1196091498229745344_n