Pengarang: aimi amin

TN50: Masih adakah integriti dalam perpaduan?

Program Bicara Ilmu yang diadakan pada 2hb Mac ini telah dianjurkan untuk berkongsi dan memberi input mengenai nilai-nilai kebersamaan yang bersifat universal yang tersirat dalam pelbagai sambutan perayaan agama di negara ini bagi membantu menggubal Dasar Transformasi Nasional 2050 atau singkatnya TN50 yang bersifat holistik dan inklusif. Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Dengan kewujudan pelbagai kaum, kita mewarisi pelbagai budaya dan perayaan agama. Antara perayaan agama terbesar yang disambut oleh masyarakat di negara ini ialah Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak, Krismas dan...

Read More

OLA BOLA : INTEGRITI AKAR INTEGRASI

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Astro Shaw memberikan sentuhan berbeza apabila membawa masyarakat melihat integriti dari kaca mata lensa filem Ola Bola yang merupakan filem box office pada tahun 2016. Bertemakan “Gobok Wayang Integriti: Ola Bola, Jambatan Integriti dan Perpaduan”, Integrity Art Night yang diadakan pada 28hb Februari kali ini mengetengahkan konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil berhibur . Malah filem Ola Bola dipilih untuk tayangan pada malam itu adalah disebabkan kandungan filem tersebut yang sarat dengan mesej integriti dan integrasi masyarakat Malaysia. Untuk itu, tetamu yang hadir bukan sahaja dihidangkan...

Read More

Program Negaraku: 1Malaysia

Program 1Malaysia ini telah diadakan di Pekan , Pahang pada 24 -26hb Februari yang lepas. Program ini mempunyai  empat objektif utama iaitu, bagi menyemarakkan hubungan pemimpin tertinggi negara dengan pemimpin dan ahli komuniti dengan menjadikan mereka sebagai jaringan kerja dalam usaha menggerakkan mereka sebagai agen pemasaran maklumat, mengukuhkan semangat perpaduan selari dengan aspirasi 1Malaysia, mengenal pasti dan mendekati kumpulan B40 melalui perkhidmatan, bantuan dan peruntukan secara terus yang disediakan oleh kerajaan dan sebagai platform kepada agensi kerajaan dan NGO untuk membantu pemain-pemain industri kecil dan sederhana di kalangan usahawan komuniti. Ini termasuk pendedahan tentang peluang-peluang perkhidmatan dan pembiayaan modal...

Read More

KUNJUNGAN DELEGASI DARIPADA MINDA

INTEGRITI menerima kunjungan delegasi daripada pihak Malaysian Directors Academy (MINDA) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Richard Azlan Abas, CEO MINDA pada pagi ini....

Read More

STRATEGI BAGI MENGEKANG PERLANTIKAN CALON-CALON BERISIKO KE JAWATAN-JAWATAN PENTING PERINGKAT PENGURUSAN TERTINGGI DI SESEBUAH ORGANISASI

Sesi RTD 1/2017 kali ini membawa topik “STRATEGI BAGI MENGEKANG  PERLANTIKAN CALUN-CALUN BERISIKO KE JAWATAN-JAWATAN PENTING PERINGKAT PENGURUSAN TERTINGGI DI SESEBUAH ORGANISASI” menyaksikan kehadiran YBhg Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai pembincang utama dan diiringi oleh YBrs. Dr Razali Ab.Malik, Ketua Kluster Bahagian Kluster Pembangunan Profesional dan Etika, INTAN. Perbincangan ilmiah ini telah turut disertai oleh wakil-wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan dalam usaha mencari jalan tentang pendekatan yang sesuai bagi mengekang kebarangkalian melantik kakitangan yang cenderung melakukan rasuah dari dilantik ke jawatan-jawatan pengurusan tertinggi  di semua sektor terutamanya sektor...

Read More

Current Awareness Service

Intranet



Facebook feed

3 months ago
Dalam Kenangan: Khalid Salleh - "Kalau Aku Jadi PM"

Persembahan Puisi "Kalau Aku Menjadi PM"
sempena Integrity Art Night: Malam Puisi: Integriti Inspirasi Merdeka
28 Ogos 2015 di Institut Integriti Malaysia

« 1 of 40 »
< 2018 >
November
MoTuWeThFrSaSu
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Jumlah Hit