Pengarang: aimi amin

KUNJUNGAN MUHIBBAH EAIC, LAKSANA USAHA TAMBAHAN TINGKAT BUDAYA BERINTEGRITI

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menerima kunjungan muhibbah Pesuruhjaya-pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), yang diketuai oleh YA Datuk Yaacob Mohd Sam pada 19 Mei 2016. Kunjungan ini bertujuan menjalin hubungan baik antara kedua-dua pihak serta membincangkan strategi dan aktiviti yang boleh membantu EAIC melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih berkesan. Dalam hal ini, sejak bulan Julai 2015, INTEGRITI telah mewujudkan satu portfolio khas yang dikenali sebagai Program Agensi Penguatkuasaan sebagai portfolio tambahan kepada lapan sektor maasyarakat yang menjadi tumpuan pelaksanaan Pelan Integriti Nasional. Portfolio baharu ini juga sebagai usaha kami untuk membantu EAIC meningkatkan integriti 21 agensi yang...

Read More

INTEGRITI Dekati Penggiat Seni Nasyid, Satu Kolaborasi Usaha Dakwah

Satu sesi perbincangan mejabulat bersama Penggiat Seni Nasyid Tanah Air telah diadakan di INTEGRITI pada 17 Mei 2016. Usaha ini merupakan langkah susulan yang telah diambil oleh INTEGRITI selepas penganjuran Integrity Art Night pada Jun 2015 yang lalu bersama Kumpulan In-Team. Sesi mejabulat pada kali ini telah membincangkan bentuk kolaborasi yang boleh diusahakan bersama antara INTEGRITI dan penggiat nasyid. Melalui kolaborasi yang akan diperbanyakkan di masa hadapan, antaranya pendekatan dan suntikan elemen integriti dalam lirik dan lagu yang bakal dihasilkan. Juga pendekatan lain seperti sketsa pendek, puisi, teater yang boleh menjadi medium perantara menyampaikan mesej integriti. Selain itu wakil...

Read More

ULANGTAHUN INTEGRITI KE-12 : INTEGRITI DI HATI

Pada 23 April yang baru lalu, genaplah 12 tahun usia Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). PIN dan INTEGRITI yang telah dilancarkan pada 23 April 2004 adalah cetusan ilham oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu. Satu majlis Sambutan Ulangtahun PIN dan INTEGRITI bersempena dengan penganjuran Integrity Art Night siri tiga bertemakan “Integriti di Hati” telah diadakan bagi meraikan segala usaha yang telah dicapai dalam menyebarluas agenda integriti kepada segenap masyarakat Malaysia. Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat  Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI, Mantan Presiden Integriti, Ahli INTEGRITI...

Read More

RTD: INTEGRITI PARA PENIAGA SELEPAS SETAHUN PELAKSANAAN GST

Bersempena  dengan setahun  pelaksanaan GST  yang berkuat kuasa mulai 1 April 2015, INTEGRITI  telah menganjurkan  Persidangan Meja Bulat (RTD)atas tajuk “Integriti Para Peniaga Selepas Setahun  Pelaksanaan GST” menampilkan  Ahli-Ahli Panel seperti berikut:- Encik Tan Sim Kiat ,Pengarah  Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia En Saravanan Thambirajah, Pengarah Komunikasi, Penyelasaian Pertikaian dan Mobilisasi Sumber, Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) Encik Abdul Mohsein bin Mohd Shariff, Setiausaha Agung, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Sehingga  kini  terdapat sebanyak 409,843 syarikat yang berdaftar dengan   Jabatan Kastam Diraja Malaysia  dan jumlah kutipan GST sepanjang 9 bulan tahun 2015 ialah sebanyak RM27 billion  iaitu...

Read More

Current Awareness Service

Intranet



Facebook feed

3 weeks ago
Dalam Kenangan: Khalid Salleh - "Kalau Aku Jadi PM"

Persembahan Puisi "Kalau Aku Menjadi PM"
sempena Integrity Art Night: Malam Puisi: Integriti Inspirasi Merdeka
28 Ogos 2015 di Institut Integriti Malaysia

« 1 of 40 »
< 2018 >
August
MoTuWeThFrSaSu
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Jumlah Hit