Menyemai nilai integriti anak kecil
Menyemai nilai integriti anak kecil Roziah Harun SAYA tertarik dengan tulisan Dr Muhammad Faiz Na’aman bertajuk “Integriti Bermula Dari Sistem Pendidikan”. Seperti yang ditekankan beliau, nilai jati diri jika disematkan sejak kecil lagi dan secara konsisten sepanjang masa, lambat-laun boleh menghasilkan generasi yang punya rasa malu untuk gagal yang menebal, di samping berani menegakkan kebenaran dan bersifat amanah terhadap tanggungjawab diberi. Berpegang kepada pepatah melentur buluh biarlah dari rebung, Institut Integriti Malaysia (Integriti) telah memulakan inisiatif menyemai benih nilai-nilai integriti melalui sistem pendidikan. Melalui jalinan kerjasama pintar bersama Kementerian Pendidikan, Modul Integriti Prasekolah (MIPs) telah dibangunkan. Usaha pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak disemai seawal usia muda tatkala mereka mengikuti kelas prasekolah. MIPs merangkumi set Rancangan Sesi Pengajaran (RSP), 12 naskhah Buku Cerita Integriti dan cakera padat lagu-lagu bertemakan integriti. Kesemua cerita berkaitan dengan budaya berintegriti yang dihasilkan merupakan hasil nukilan dan garapan ahli jawatankuasa pembangunan modul yang terdiri daripada kumpulan pakar yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan awal kanak-kanak. Demi memastikan MIPs sesuai dan menepati Standard Kurikulum Pendidikan Kebangsaan (KSPK), projek rintis telah dilaksanakan pada tahun 2016/17. Sebelas kelas prasekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Tadika Kemas, Tabika Perpaduan dan Tadika Swasta terlibat dalam projek rintis. Hasil projek rintis menunjukkan cerita-cerita integriti yang mampu diteladani dan lagu-lagu yang sarat dengan mesej integriti, kanak-kanak mampu menghayati maksud integriti dengan cara yang paling mudah mereka fahami. Ekoran keputusan menggalakkan projek rintis ini,...
Read More