Pengarang: Aryzam

Menyemai nilai integriti anak kecil

Menyemai nilai integriti anak kecil Roziah Harun SAYA tertarik dengan tulisan Dr Muhammad Faiz Na’aman bertajuk “Integriti Bermula Dari Sistem Pendidikan”. Seperti yang ditekankan beliau, nilai jati diri jika disematkan sejak kecil lagi dan secara konsisten sepanjang masa, lambat-laun boleh menghasilkan generasi yang punya rasa malu untuk gagal yang menebal, di samping berani menegakkan kebenaran dan bersifat amanah terhadap tanggungjawab diberi. Berpegang kepada pepatah melentur buluh biarlah dari rebung, Institut Integriti Malaysia (Integriti) telah memulakan inisiatif menyemai benih nilai-nilai integriti melalui sistem pendidikan. Melalui jalinan kerjasama pintar bersama Kementerian Pendidikan, Modul Integriti Prasekolah (MIPs) telah dibangunkan. Usaha pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak disemai seawal usia muda tatkala mereka mengikuti kelas prasekolah. MIPs merangkumi set Rancangan Sesi Pengajaran (RSP), 12 naskhah Buku Cerita Integriti dan cakera padat lagu-lagu bertemakan integriti. Kesemua cerita berkaitan dengan budaya berintegriti yang dihasilkan merupakan hasil nukilan dan garapan ahli jawatankuasa pembangunan modul yang terdiri daripada kumpulan pakar yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan awal kanak-kanak. Demi memastikan MIPs sesuai dan menepati Standard Kurikulum Pendidikan Kebangsaan (KSPK), projek rintis telah dilaksanakan pada tahun 2016/17. Sebelas kelas prasekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Tadika Kemas, Tabika Perpaduan dan Tadika Swasta terlibat dalam projek rintis. Hasil projek rintis menunjukkan cerita-cerita integriti yang mampu diteladani dan lagu-lagu yang sarat dengan mesej integriti, kanak-kanak mampu menghayati maksud integriti dengan cara yang paling mudah mereka fahami. Ekoran keputusan menggalakkan projek rintis ini,...

Read More

PENERIMAAN HADIAH: MEKANISME PENGISYTIHARAN PERLU DIPERKUKUH BAGI MENGELAK ISU INTEGRITI

Pada pandangan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), seorang Perdana Menteri atau Ketua Kerajaan boleh menerima hadiah atas kapasiti mereka sebagai Ketua Kerajaan semasa menjalankan tugas rasmi, tetapi penerimaan hadiah terbabit tidak harus mempengaruhi tugas rasmi mereka dan tidak boleh bercanggah dengan undang-undang negara. Pada masa yang sama, hadiah yang diterima perlu diisytiharkan supaya tidak timbul isu-isu pelanggaran integriti atau salah guna kuasa, dan pada masa yang sama, pemimpin terbabit akan dilihat bertindak dengan telus dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin kerajaan. INTEGRITI berpandangan pengisytiharan boleh dilakukan kepada sebuah badan yang sesuai. Kerajaan boleh memikirkan sebuah badan yang sesuai bagi tujuan tersebut. Di Malaysia, mekanisme pengisytiharan ini masih belum jelas, khususnya membabitkan anggota pentadbiran awam dan perdana menteri meskipun sudah ada garis panduan bagi penjawat-penjawat awam. Oleh itu, sudah tiba masa mekanisme pengisytiharan hadiah yang sedia ada disemak dan diperkukuhkan lagi bagi membolehkan semua pihak faham akan tatacara pelaksanaan dan pematuhan yang berkaitan demi mengelakkan sebarang isu kelak. Malaysia boleh mencontohi mekanisme pengisytiharan hadiah sudah pun diamalkan di banyak negara demokrasi, termasuk di Indonesia di mana anggota pentadbiran awam dan kakitangan awam perlu mengisytiharkan hadiah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ia diterima kepada Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia.   DR AHMAD FADZLI AHMAD TAJUDDIN TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA  29 JUN...

Read More

Melestari budaya integriti sektor awam

Melestari budaya integriti sektor awam Hamilye Sham Harun KEBELAKANGAN ini banyak diperkatakan mengenai isu melibatkan kebertanggungjawaban dan integriti, terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa, pembaziran, pecah amanah, rasuah dan penyelewengan serta ketirisan dana awam walaupun dilakukan oleh segelintir penjawat awam, tempiasnya tetap terkena keseluruhan sektor kerajaan. Bukan kesemua penjawat awam langsung tidak mengamalkan budaya integriti. Sebaliknya kebanyakan penjawat awam sentiasa mendukung prinsip mengutamakan integriti demi memberi perkhidmatan terbaik dengan sedaya upaya. Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang perlu ada pada diri seseorang individu dan organisasi. Budaya integriti berkait rapat dengan isu-isu etika dan nilai murni. Integriti penjawat awam memerlukan mereka bertindak jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada peraturan dan undang-­undang. Kepentingan meletakkan budaya berintegriti di tahap tertinggi bukan sesuatu yang baharu. Ia menjadi keutamaan dalam hidup kita sepanjang masa. Amanah atau integriti merupakan salah satu sifat mulia yang dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ajaran untuk bersifat amanah ini sejalan dengan perintah ALLAH di surat An Nisa ayat 58 yang ertinya “sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, ALLAH sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, ALLAH Maha Mendengar, Maha Melihat”. Namun kadangkala apabila berlaku konflik kepentingan, keutamaan haruslah diberikan kepada kelangsungan kepentingan awam. Maka adalah penting bagi penjawat awam...

Read More

PANDANGAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA MENGENAI ISU SURAT SOKONGAN

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yakin dan berharap penjawat-penjawat awam tidak akan terikat kepada surat sokongan yang dikeluarkan oleh siapa jua dalam soal meluluskan sesuatu permohonan termasuk tender projek. Sebaliknya penjawat awam perlu bertindak mengikut peruntukan akta dan peraturan yang sedia ada, yang perlu dipatuhi semasa membuat pertimbangan masing-masing. Surat sokongan bukan faktor penentu kelulusan yang diberikan. Dalam menegakkan nilai-nilai integriti, penjawat awam sewajarnya bijak menggunakan pertimbangan mereka. Jika tidak ia akan mengundang masalah dalam jangka panjang. INTEGRITI yakin pihak pemohon juga tidak akan menganggap surat sokongan sebagai penentu dalam mendapatkan kelulusan ke atas permohonan yang dibuat. Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana-mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan yang dikeluarkan pada tahun 2010 ada menerangkan tentang tafsiran dan panduan pengendalian surat sokongan bagi memastikan penjawat awam tidak terkeliru, terpengaruh dan mengekalkan integriti dalam membuat keputusan. INTEGRITI berpandangan bahawa semua pihak harus bertindak dengan objektif dalam soal ini jika kita mahu mewujudkan satu persekitaran bebas salah guna kuasa dan adanya budaya berintegriti tinggi dalam proses pertimbangan kelulusan permohonan.    DR AHMAD FADZLI AHMAD TAJUDDIN TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (INTEGRITI) 21 JUN...

Read More

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA SAMBUT BAIK ILTIZAM KERAJAAN BAGI MEMPERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DAN TADBIR URUS BAIK

KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengalu-alukan dasar Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana beliau telah mengumumkan beberapa pendekatan bagi memperkukuhkan tadbir urus baik dan integriti, di samping mahu memerangi isu rasuah dengan menyeluruh. INTEGRITI juga menyambut baik penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), yang diumumkan semalam, bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan anti rasuah di negara ini. INTEGRITI yakin usaha-usaha terbaharu ini akan bertindak sebagai satu pendekatan yang lebih komprehensif dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berintegriti tinggi. INTEGRITI menyokong dan memberi kerjasama serta sedia berganding untuk melaksanakan dasar dan program Kerajaan bagi menjayakan agenda memperkukuh nilai-nilai integriti sebagaimana digariskan selari dengan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Dalam hal ini, INTEGRITI juga berharap semua pihak akan terus memberi sokongan padu bagi mencapai matlamat PIN dan visi INTEGRITI dengan lebih berkesan. Pada 31 Mei 2018 lalu, INTEGRITI telah berkongsi input dengan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) berkaitan dengan cadangan penggubalan Akta Pembiayaan Politik (PDEA).   INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (INTEGRITI) 2 JUN...

Read More

Current Awareness Service

Intranet



Facebook feed

1 month ago
Photos from INTEGRITI's post

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI ) berkongsi input mengenai cadangan berkaitan pembiayaan politik kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) di ibu negara hari ini. INTEGRITI merupakan ... See more

1 month ago

To those celebrating, we wish you a blessed Harvest Festival.
Sincerely from INTEGRITI

#harvestfestival #Sabah #Sarawak #integritiwishes #institutintegritimalaysia

1 month ago
Sinar Integriti Ramadhan - Berpuasa

Sinar Integriti Ramadhan (Bahagian 2) - Berpuasa

Bersama tokoh -
Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al - Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)

« 1 of 38 »
< 2018 >
June
MoTuWeThFrSaSu
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Jumlah Hit