Pengarang: Aryzam

NEED TO REMIND KIDS ON GOOD VALUES

Values play a vital role in inculcating integrity in the education system among Asean member states. Former education ministry deputy director-general Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim in stressing the importance of integrity said that it was important for young people to develop good habits and manners. “Our value system plays a very important part. We need to have role models. Educators and policy-makers also have a role to play and must ensure that values are instilled and practised,” she said during the recent Asean Integrity Dialogue 2015 organised by the Malaysian Institute of Integrity. Expressing concern over low moral...

Read More

Kunjungan En. Ivanpal S. Grewal, Setiausaha Politik kepada YB Dato’ Mah Siew Keong Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Presiden & CEO INTEGRITI menerima kunjungan En. Ivanpal S. Grewal, Setiausaha Politik kepada YB Dato’ Mah Siew Keong Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pagi tadi. Antara agenda perbincangan adalah berkaitan isu-isu politik semasa, isu pembiayaan politik, isu rasuah di peringkat akar umbi dan serta kerjasama pintar antara INTEGRITI dan Parti Gerakan. Diharap agar lebih banyak pihak lagi akan bersama-sama INTEGRITI dalam usaha membudayakan integriti masyarakat...

Read More

INTEGRITI-KKMM jalin kerjasama promosi integriti

Gaya hidup masyarakat yang digarap kemas dengan budaya ketimuran dan nilai-nilai murni suatu masa dahulu bakal lenyap seandainya rakyat Malaysia hari ini terus alpa dan lalai. Justeru, bagi menggilap nilai-nilai sedia ada, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) giat menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), sekali gus meneroka peluang dan pendekatan baharu mempromosikan integriti. Kerjasama yang menerima sokongan penuh Ketua Setiausaha KKMM dan Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI, Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad bermula menerusi pertemuan ringkas antara beliau dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff pada 5 Januari lalu di Putrajaya bagi membincangkan rangka usaha sama yang boleh dicapai menerusi KKMM dan agensi bawahnya; Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Hasil daripada pertemuan itu, beberapa persefahaman berjaya dicapai. Antaranya ialah dengan menjadikan RTM sebagai rakan promosi program INTEGRITI. Selain itu, RTM turut bersedia menyiarkan vlog pemenang Pertandingan Vlog Integriti tahun lalu dan Public Service Announcement (PSA) INTEGRITI. Susulan daripada perbincangan itu, berlangsung satu lagi pertemuan antara INTEGRITI dengan Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik KKMM, Puan Roselindawati Abdul Rahman pada 11 Januari di Putrajaya untuk membincangkan lebih lanjut bentuk kerjasama yang bakal diadakan. Sesi tersebut turut disertai oleh wakil-wakil jabatan dan agensi...

Read More

Selamat Tahun Baru 2016

Tahun 2015 tinggal menghitung jam dari sekarang. Namun demikian, masih banyak yang dapat dikerjakan dan direnungkan menjelang detik-detik pergantian tahun. Saya pasti kita semua telah mengisi khazanah tahun 2015 dengan penuh makna. Sebelum memasuki gerbang 2016, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih setulus hati kepada semua warga kerja INTEGRITI, rakan INTEGRITI serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan dalam usaha bersama kita memartabatkan integriti sepanjang tahun 2015 yang lalu. Pengalaman, pengajaran serta panduan yang kita peroleh pada tahun 2015 ini akan menjadi pedoman berharga untuk kita meneroka tahun 2016 nanti. Saya yakin tahun 2016 akan menjanjikan...

Read More

PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. ABDUL RAHMAN EMBONG

Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong ialah Profesor Emeritus Sosiologi Pembangunan dan Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga dilantik sebagai Felo Utama INTEGRITI untuk tempoh tiga tahun bermula 2015, jawatan felo yang pertama kali diwujudkan di INTEGRITI. Beliau telah memegang jawatan Presiden Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) selama 10 tahun (2000-2010). Semenjak itu, beliau dilantik sebagai Penasihat Khas PSSM sehingga kini. Sebagai seorang penyelidik yang berwibawa, Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman telah menjayakan banyak penyelidikan asas, gunaan dan strategik yang dibiayai oleh organisasi dalam negara serta antarabangsa. Antara sumbangan beliau yang penting ialah peranannya dalam memimpin pasukan pengkaji menggubal Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penyediaan kertas konsep Institut Integriti Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 April 2004. Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) semenjak penubuhannya pada 2005. Beliau menerima anugerah darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) daripada KDYMM Sultan Terengganu pada Julai 2001 yang membawa gelaran Dato’. Selain itu, beliau turut menyampaikan ucaptama dalam persidangan di peringkat dalam negara dan luar negara serta menulis banyak artikel untuk jurnal serta bab dalam buku. Beliau juga telah menghasilkan lebih 20 buah buku. Antaranya ialah State-led Modernization and the New Middle Class in Malaysia (2002); Negara-bangsa: proses dan Perbahasan (ed. 2, 2006); Pembangunan dan...

Read More

INTEGRITI CAS

Facebook feed

14 hours ago
Foto daripada siaran INTEGRITI

Fiesta Integriti sedang berlangsung di Kolej Pendeta Za'ba Universiti Putra Malaysia (UPM), Pelancaran Kempen Do It Right untuk mengumpul 1,000 tandatangan peserta.
#fiestaintegriti #integritidihati ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
15 hours ago
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

Saksikan Forum Eksekutif di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1196797490454763&id=418781688256351

Fiesta Integriti - Forum Eksekutif dan Pelancaran Kempen "Do It Right"

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
15 hours ago
Photos from INTEGRITI's post

Fiesta Integriti sedang berlangsung di Kolej Pendeta Za'ba Universiti Putra Malaysia (UPM), acara dimulakan dengan Kempen Do It Right untuk mengumpul 1,000 tandatangan peserta.
#fiestaintegriti ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
19 hours ago
Foto daripada siaran INTEGRITI

Fiesta Integriti sedang berlangsung di Kolej Pendeta Za'ba Universiti Putra Malaysia (UPM), acara dimulakan dengan Kempen Do It Right untuk mengumpul 1,000 tandatangan peserta.
#fiestaintegriti ... See more

LIKE
LOVE
HAHA
WOW
SAD
ANGRY
« 1 of 24 »

Intranet



< 2018 >
April
MoTuWeThFrSaSu
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Jumlah Hit