Pengarang: Aryzam

INTEGRITI bangunkan sijil standard integriti Malaysia

INSTITUT Integriti Malaysia (INTEGRITI) sedang menggubal standard pematuhan amalan integriti mengikut acuan Malaysia bagi memperkukuh penghayatan budaya berintegriti tinggi di kalangan semua lapisan masyarakat di negara ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI Dr Anis Yusal Yusoff berkata pihaknya sedang mengambil usaha untuk memperkenalkan Sijil Pematuhan Integriti dan Tanggungjawab Sosial dan Sijil Latihan Integriti. Katanya, kedua-dua instrumen itu akan dibangunkan dengan mengambil kira aspek sosiobudaya Malaysia. Beliau berkata dalam dua tahun lalu INTEGRITI membangunkan sejumlah instrumen untuk tujuan memperkukuhkan amalan berkaitan dengan integriti. “Jadi, kami sedang ambil usaha untuk memperkenalkan Sijil Pematuhan Integriti dan Tanggungjawab Sosial,” katanya. Selain itu, katanya Sijil Latihan Integriti juga sedang dikaji. “Sijil ini akan memandu kita dari segi pematuhan amalan budaya berintegriti mengikut acuan kita. Kami juga hendak melahirkan kumpulan terlatih bagi tujuan mengendalikan program integriti,” katanya pada program Roadshow INTEGRITI 2017 di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang hari ini. Ia dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Farizan Darus. Dr Anis berkata meskipun ada beberapa instrumen yang serupa di peringkat antarabangsa tetapi ia tidak mengambil ciri, demografi dan persekitaran Malaysia. “Jadi kami hendak membangunkan satu ukuran standard mengikut acuan kita,” katanya. “INTEGRITI sudah ada enam produk dan instrumen setakat ini. Kami hendak membangunkan dua lagi instrumen bagi menawarkan platform yang lebih menyeluruh bagi mencapai matlamat memupuk budaya berintegriti,” katanya. Enam produk dan instrumen yang dibangunkan oleh INTEGRITI iaitu Dashboard INTEGRITI,...

Read More

Roadshow perbaiki isu integriti setiap negeri

KUALA LUMPUR – Roadshow yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (Intergriti) boleh membantu semua pihak terutamanya kerajaan negeri dan pemimpin-pemimpin masyarakat mengenal pasti serta mencari penyelesaian terhadap isu-isu membabitkan integriti yang berlaku dalam masyarakat. Berbeza dengan sebelumnya, pendekatan pihak Intergriti kali ini lebih rapat kepada rakyat dengan turun padang dan menjayakan program di seluruh negara hasil kerjasama agensi-agensi berkaitan serta jabatan intergriti di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Malaysia. Pengarah dan Ketua Penyelaras Program Koordinasi dan Pemantauan Intergriti Hamilye Sham Harun berkata, Intergriti menggunakan roadshow tersebut sebagai platform untuk berkongsi program yang ada selain memperkenalkan produk dan instrument yang telah dibangunkan oleh badan tersebut. Antaranya Intergrity Assesment Tool (IAT) yang membolehkan masyarakat membuat penilaian mengenai intergriti sesebuah syarikat atau Malaysian Intergrity Profile (MIP) bagi membuat penilaian terhadap individu. Roadshow itu juga akan memperlihatkan dengan lebih jelas tentang isu-isu intergriti yang wujud di setiap negeri. Jelasnya, semua maklumat berkaitan intergriti pada peringkat negeri akan dimuat naik dalam sistem yang dinamakan Dashboard intergriti yang merupakan paparan dalam bentuk pembangunan analisa. Melalui maklumat tersebut, pihak-pihak berwajib berupaya mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkan tahap intergriti di negeri masing-masing. “Di dalam roadshow tersebut kita akan kumpulkan maklumat dan buat bengkel sebelum bentangkan dalam dashboard. “Dalam setiap bengkel kita akan bentangkan semua masalah dan minta cadangan untuk penyelesaian sebelum ia dirangkum mengikut kluster. “Hasilnya akan diserahkan kepada unit intergriti SUK. Pihak kami akan membantu sehingga...

Read More

Masalah integriti dikenal pasti di peringkat daerah

Oleh Zuraidah Mohamed Share JOHOR BAHRU: Pegawai daerah perlu memainkan peranan utama dalam mengenal pasti masalah berkaitan integriti dan mencari penyelesaian demi pemupukan integriti berimpak tinggi. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Datuk Anis Yusal Yusoff, berkata penyelesaian masalah integriti tidak perlu dibawa ke peringkat pusat tetapi memadai hanya di peringkat daerah. Katanya, ini kerana pegawai daerah lebih tahu mengenai persekitaran sosial mahu pun demografi di daerah masing-masing, sekali gus mempunyai keupayaan menguruskan masalah integriti di peringkat mereka. “Setakat ini, INTEGRITI sedang melancarkan siri jelajah di peringkat negeri bagi memupuk kefahaman mengenai peranan ini menjayakan agenda pembudayaan, penghayatan dan pengukuhan integriti selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN). “Selepas ini, secara holistiknya kita berharap siri jelajah ini akan dibawa ke peringkat daerah tetapi lebih kepada daerah yang dikenal pasti mempunyai masalah dan ini memerlukan peranan dan kerjasama pegawai daerah,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Integriti Negeri Johor 2017 dan Siri Jelajah Integriti anjuran INTEGRITI dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor di sini, hari ini. Johor adalah persinggahan keempat sejak program itu dilancarkan pada Ogos yang lalu. Sebelum ini, program berkenaan diadakan di Selangor, Sarawak dan Pulau Pinang dan akan diadakan di Pahang bulan depan. Program berkenaan bertujuan mengumpul segala maklumat berkaitan isu integriti di peringkat negeri yang dimuat naik dalam sistem Dashboard Integriti, iaitu satu paparan dalam bentuk pembangunan analisa yang berinformatif...

Read More

Roadshow Integriti teliti isu

KUALA LUMPUR: Roadshow Integriti 2017 di Kuching, Sarawak, hari ini, antara pendekatan dua hala Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan kerajaan negeri mengumpulkan maklumat, meneliti isu dan penyelesaian integriti penjawat awam. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, berkata program integriti dan perkongsian kaedah integriti baharu membabitkan semua negeri di seluruh negara kali pertama diadakan di Shah Alam, Selangor, Ogos lalu sebelum akan diperluaskan ke negeri lain, hujung bulan ini. Katanya, maklumat berkaitan isu integriti di peringkat negeri akan dimuat naik dalam sistem pembangunan analisis interaktif, Dashboard Integriti. Beliau berkata, data program akan digunakan untuk tujuan perancangan Hala Tuju Fasa Ketiga, Pelan Integriti Nasional (PIN) yang diperkenalkan pada 2004, selain dikongsi untuk rujukan bersama dan tindakan agensi pelaksana. “Data ‘dashboard’ akan memberi kemudahan kepada agensi pelaksana mengenal pasti masalah, ketidakberkesanan atau membuat ramalan perubahan trend sesuatu program. “Kita berharap pengumpulan maklumat ini dapat membantu pihak berkaitan mencari jalan penyelesaian terbaik meningkatkan tahap integriti di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan. Mengulas lanjut, Dr Anis berkata, pihaknya turut memperkenal produk dan instrumen dibangunkan iaitu Sistem Penilaian Integriti, Profil Integriti Malaysia, Pelan Organisasi Integriti dan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti. Katanya, pihaknya mengalu-alukan cadangan meningkatkan budaya kerja berintegriti tinggi menerusi pendekatan turun padang berkenaan. “Ketika ini, INTEGRITI sedang menggubal fasa ketiga PIN dan memerlukan pandangan serta input daripada rakyat peringkat akar umbi di setiap negeri. Kami berharap rakyat pelbagai peringkat...

Read More

‘Dashboard Integriti’ Bantu Perkukuh Dasar Kerajaan

JOHOR BAHRU – Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) berharap pengenalan sistem dinamakan “Dashboard Integriti” dapat membantu kerajaan-kerajaan negeri membentuk dasar kerajaan yang lebih bersifat lestari dan tertumpu khususnya dalam menyelesaikan masalah berkaitan integriti. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata Dashboard Integriti akan bertindak sebagai pangkalan data maklumat berkaitan isu integriti di peringkat negeri yang dimuat naik dalam sistem pembangunan analisis interaktif bagi memudahkan kerajaan negeri memberi perhatian kepada perkembangan sesuatu isu. Beliau berkata data-data tersebut merupakan maklumat yang dikumpulkan INTEGRITI selain kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perangkaan dan sebagainya. “Kami mengambil inisiatif membudayakan masyarakat melalui kepelbagaian kerana kita tidak boleh menyelesaikan masalah integriti dengan hanya sekadar naik atas pentas, angkat tangan dan lafazkan ikrar ‘saya tidak akan ambil duit’, orang Islam kalau bersyahadah dengan Allah pun boleh menipu inikan berikrar dengan manusia. “Saya belum jumpa satu negara di dunia yang menunjukkan bukti empirikal hanya dengan berikrar, masalah rasuah boleh selesai, inilah realitinya. Kita kena usahakan, kita tidak mengkritik mana-mana pihak tetapi untuk menyelesaikan masalah integriti memerlukan perancangan jangka panjang dan bukan sederhana,” katanya pada Konvensyen Integriti Negeri Johor di sini, hari ini. Anis Yusal berkata ​​​​pihaknya juga melaksanakan program-program pengenalan INTEGRITI kepada sekolah-sekolah tadika dengan kerjasama Jabatan Pendidikan dalam usaha memupuk budaya integriti pada peringkat awal dalam menghasilkan masyarakat bermoral. Katanya menerusi Dashboard...

Read More

Current Awareness Service

Intranet



Facebook feed

2 months ago
Dalam Kenangan: Khalid Salleh - "Kalau Aku Jadi PM"

Persembahan Puisi "Kalau Aku Menjadi PM"
sempena Integrity Art Night: Malam Puisi: Integriti Inspirasi Merdeka
28 Ogos 2015 di Institut Integriti Malaysia

« 1 of 40 »
< 2018 >
October
MoTuWeThFrSaSu
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Jumlah Hit